Pemandu e-Hailing terkejut disaman JPJ kerana pakai baju tak berkolar | The Reporter

Pemandu e-Hailing terkejut disaman JPJ kerana pakai baju tak berkolar

Pegawai JPJ wanita sedang menulis saman pada sebuah kenderaan Toyota hitam di tepi jalan, berkaitan kes pemandu e-hailing disaman kerana baju tidak berkolar.
Pegawai JPJ mengeluarkan saman kepada pemandu e-hailing selepas didapati tidak mematuhi etika berpakaian semasa bertugas. | Sumber gambar: Sobri Kasah

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang pemandu e-hailing, Sobri Kasah, meluahkan rasa terkejut selepas menerima saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas alasan berpakaian tidak sopan walaupun tidak melakukan kesalahan trafik.

Menurut perkongsiannya di Facebook, itu merupakan saman pertama diterimanya sejak lebih 30 tahun memiliki lesen memandu.

“Walaupun kesalahan pertama. No warning, no give and take. No tolak ansur. Sign saja jangan cakap banyak,” katanya.

Dia menyangka disaman kerana melanggar peraturan jalan raya, namun rupa-rupanya kerana baju tidak berkolar.

“Baru tahu bukan senang nak jadi driver e-hailing ni. Pakai baju tak berkolar pun dah dikategorikan sebagai melanggar undang-undang. Kesalahan aku dalam Akta K15(b) berpakaian tidak sopan, kemas dan bersih.

Baca juga:

“Baju tak berkolar pun tak sopan ya? Aku ingat bila pakai selipar, seluar pendek dan baju singlet pagoda macam driver e-hailing kat Penang tu baru dikira tak sopan,” katanya lagi.

Dia turut menyindir undang-undang sebegitu hanya “memudahkan kerajaan buat duit”.

“Begitulah undang-undang yang dicipta untuk senang buat duit kepada kerajaan. Apapun, tahniah buat semua penguat kuasa yang tegas menjalankan tugas,” katanya lagi.

Netizen setuju pemandu e-Hailing patut kemas

Ruangan komen turut dibanjiri pelbagai reaksi netizen. Ramai bersetuju bahawa pemandu e-hailing wajar berpakaian kemas ketika bertugas.

“Syarat untuk menduduki ceramah vokasional (PSV, GDL) mesti lah baju berkolar, seluar panjang dan berkasut,” kata Hussin Hassan Hussin.

“Pemandu e-hailing memang kena pakai baju kolar tiap kali kerja, tengok teksi sempoi je T-shirt,” ujar Muiz Firdaus.

“Betul la tu. Baju berkolar dan kasut yang bukan sandal atau selipar,” komen Othman Darus.

“Pakai la kemas, nampak sangat deme ni selekeh,” tambah Ghani Hartanah.

Namun ada juga pengguna lain yang menganggap saman kerana baju tidak berkolar terlalu kecil untuk dikategorikan sebagai kesalahan.

Related Posts