Seorang lelaki berusia 35 tahun dilaporkan meninggal dunia secara mengejut ketika bermain badminton di sebuah dewan di Seremban 2, malam Selasa.
Mangsa dikenali sebagai Lee Jiajin, dilaporkan rebah secara tiba-tiba kira-kira jam 9.30 malam ketika bermain bersama beberapa rakan.
Menurut laporan Sin Chew, rakan-rakan mangsa segera memberikan bantuan kecemasan termasuk rawatan CPR dan penggunaan alat defibrilator luaran automatik (AED) sebelum pihak ambulans tiba, namun usaha tersebut gagal menyelamatkannya.
Difahamkan, mendiang meninggalkan seorang isteri dan dua anak masing-masing berusia tiga dan satu tahun, manakala isterinya kini sedang hamil anak ketiga yang dijangka lahir hujung bulan ini.
Baca juga:
- Pelajar UCYP terima sijil penghargaan, bantu lancarkan pergerakan ambulans ke HTAA
- Kerajaan kekal iktiraf Tuanku Muhriz sebagai Yang di- Pertuan Negeri Sembilan
- Tunku Nadzaruddin ditabal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12
Sumber turut memaklumkan, kejadian itu mengejutkan rakan-rakan badminton yang mengenali mangsa, memandangkan beliau dilihat sihat dan aktif sebelum kejadian.
Beberapa gambar ketika kejadian turut tular di media sosial, memaparkan usaha bantuan kecemasan diberikan kepada mangsa.








