Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa rakaman video memaparkan kejadian pergaduhan antara beberapa wanita yang dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara jiran.
Kisah tersebut menarik perhatian ramai apabila situasi itu disamakan dengan jalan cerita drama televisyen, apatah lagi beberapa babak kejadian turut tular menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Hanya berbekalkan rakaman tersebut, netizen dilihat teruja mengikuti perkembangan seterusnya.
Bagaimanapun, menerusi perkongsian seorang individu dikenali sebagai Abel, yang juga jiran di kawasan berkenaan, difahamkan kedua-dua wanita terbabit telahpun berdamai.
“Assalamualaikum, saya Abel (jiran kanan). Kata sepakat telah dicapai dalam majlis perdamaian antara kami bertiga. Saya, Abel, ingin memohon maaf sekiranya berlaku perselisihan faham atau kesilapan daripada pihak saya.
Setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Ambillah iktibar daripada apa yang terjadi kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Terima kasih semua,” katanya.
Baca juga:
- Kes rogol di Kelantan meningkat, majoriti libatkan suka sama suka
- Polis tahan lelaki disyaki libas gadis di Tangga Batu
- ‘Anak kita hilang kasih sayang lebih awal daripada sepatutnya’
Terdahulu, beberapa rakaman video tular menunjukkan insiden perselisihan kecil antara dua wanita yang digelar netizen sebagai ‘makcik blower’ dan ‘makcik tudung hijau’, sebelum jiran-jiran lain tampil meleraikan keadaan.
Susulan kejadian itu, pihak polis mengesahkan telah membuka siasatan.
Memetik Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib, menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi, menyebarkan video, atau mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat serta menimbulkan kekeliruan awam.