Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Empat pelajar lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rogol bergilir seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, Melaka telah dibuang sekolah serta-merta.
Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat oleh Lembaga Tatatertib Sekolah pada hari ini.
Kejadian didakwa berlaku pada 2 Oktober lalu sekitar jam 2.50 petang ketika mangsa berpatah balik ke kelas di tingkat tiga untuk mengambil bahan projek mata pelajaran Sains yang tertinggal. Mangsa dikatakan telah diheret masuk ke dalam kelas sebelum dirogol oleh dua suspek, manakala dua lagi rakan mereka menyaksikan dan merakam perbuatan tersebut menggunakan telefon bimbit.
Kes itu terbongkar selepas ibu mangsa menerima maklumat mengenai penyebaran video berkenaan daripada seorang cikgu sekolah dan segera membuat laporan polis.
Baca juga:
- Siti Nurhaliza jelaskan keadaan Amad ketika Grand Finale TTMM
- ‘4 pelajar terbabit salah laku seksual dibuang sekolah serta-merta’ – KP Pendidikan
- Akmal Saleh gesa kembalikan kuasa rotan kepada guru
Empat pelajar terbabit yang berusia 17 tahun dan juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini direman selama enam hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol secara berkumpulan.
Sumber: Berita Harian