Seorang pegawai berusia lingkungan 50-an bersama pasangannya, seorang janda muda, dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) ketika berada di sebuah bilik hotel di Batu Pahat, tengah malam semalam.
Pasangan itu sanggup menempuh perjalanan lebih 100 kilometer semata-mata untuk bermadu asmara.
Menurut kenyataan JAINJ, lelaki berstatus suami orang itu dikatakan memberi alasan kepada isterinya bahawa dia menghadiri kursus di luar daerah. Malah, dia mendakwa tertarik dengan makanan di Batu Pahat sebagai alasan untuk mengunjungi kawasan tersebut sebelum mendaftar masuk ke hotel.
Baca juga:
- ‘Siapa kata pejuang sumud tiada taring?’ – Syed Saddiq
- Presiden PTM nafi dakwaan tular isu salah guna kuasa, minta wang
- Kapal SS Free Gaza dan SS Liberty cipta sejarah tembusi sekatan Israel ke Gaza pada 2008
Wanita terbabit yang bekerja di sebuah syarikat swasta turut tidak mempunyai anak.
Difahamkan, hubungan sulit mereka telah berlangsung lama tanpa dihidu isteri sah kerana kedua-duanya pandai menyembunyikan perbuatan tersebut.
Ketika serbuan dilakukan sekitar jam 12 tengah malam, pasangan itu gagal memberikan alasan kukuh mengenai keberadaan mereka di bilik hotel.
Pegawai penguat kuasa kemudian merekodkan keterangan dan kes berkenaan akan didakwa di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.
Sumber: Harian Metro








