Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Rumah tangga pelawak dan pelakon, Along Cham, berakhir di mahkamah selepas Hakim Syarie Muhammad Nazri Basrawi mengesahkan lafaz taklik yang dibuat oleh selebriti itu terhadap isterinya, Afreena Suhaimi, pada Jun tahun lalu. Dengan keputusan itu, pasangan berkenaan sah bercerai talak satu.
Dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah hari ini, Afreena tampil mengangkat sumpah menafikan wujudnya sebarang lafaz rujuk oleh Along sepanjang tempoh idah. Hakim kemudian menegaskan, ketiadaan bukti rujuk menjadikan talak yang dilafazkan pada 18 Jun 2024 tetap sah.
Baca juga:
- Isu gelaran juara, Zaha Spring pertahan kenyataan Ameng
- Dari gurauan jadi kenyataan, lelaki sahut cabaran TokTi joging 8KM
- Ameng nafi dakwaan tuju istilah ‘juara tak ke mana’ pada individu
Menurut laporan Harian Metro, mahkamah turut meneliti isu lafaz taklik kedua yang dikaitkan dengan Along pada Julai 2024. Namun hakim memutuskan lafaz itu tidak lengkap dari segi syarak dan tidak membawa kepada perceraian kali kedua.
Permohonan sejak Januari
Kes ini bermula apabila Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, memfailkan permohonan pengesahan lafaz taklik pada Januari lalu. Perkahwinan Along dengan Afreena hanya bertahan lebih setahun selepas mereka diijabkabulkan pada 4 April 2023.
Ini merupakan perkahwinan kedua Along selepas rumah tangganya bersama penyanyi Zila Saeron berakhir pada 2016. Hasil perkahwinan terdahulu, Along dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Daniel, kini berusia 14 tahun.




