Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Peserta Global Sumud Flotilla, Musa Nuwayri menzahirkan penghargaan terhadap penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana, yang disifatkan sebagai antara tulang belakang utama dalam misi berkenaan.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Musa menggambarkan Zizi sebagai “kakak sulung hebat” yang sentiasa cakna dengan keadaan ahli misi lain sepanjang penyertaan mereka.
“Apa-apa sahaja, dia lah yang akan mesej saya. ‘Dia tu tak okay, tuan Musa tolong tanyakan khabar.’‘Dia ni tengah tak sihat, tuan Musa tolong ejaskan doktor.’
‘Ada orang dalam G perlukan bantuan, tuan Musa boleh bantu tengokkan?’” katanya.
Beliau menambah, Zizi Kirana bukan sahaja peka dengan keperluan rakan misi, malah sering meletakkan kepentingan orang lain mengatasi dirinya.
“Terima kasih kak Zizi sebab ajar kami tentang kasih sayang yang tidak pernah berkira. Selalu letak orang lain di hadapan, diri sendiri di belakang. Sentiasa tenang, jadi penguat semangat bila ada di antara kami hampir rebah,” ujarnya.
Baca juga:
- Musa Nuwayri dedah sikap prihatin Zizi Kirana dalam misi GSF
- Lelaki kongsi detik cemas, nampak 2 ekor harimau dari atas pokok
- Pengarah Murali Abdullah rancang drama Sathiya & David Arumugam
Musa turut mendoakan agar Zizi Kirana dikurniakan kesihatan, keberkatan dan ganjaran berlipat ganda atas pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang misi flotilla itu.
Global Sumud Flotilla disertai aktivis kemanusiaan dari pelbagai negara dengan tujuan membawa mesej solidariti antarabangsa terhadap Palestin. Penyertaan ramai pempengaruh dan selebriti seperti Zizi Kirana, Ardell Aryana, Heliza Helmi, dan Hazwani Helmi dalam misi itu dilihat memberikan inspirasi kepada generasi muda untuk lebih peka terhadap isu kemanusiaan sejagat.