Lelaki kongsi detik cemas, nampak 2 ekor harimau dari atas pokok | The Reporter

Lelaki kongsi detik cemas, nampak 2 ekor harimau dari atas pokok

Rakaman lelaki panjat pokok ternampak dua ekor harimau di hutan
Gambar: Tangkap layar TikTok Fahad MK

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Detik mencemaskan dialami seorang lelaki apabila dia ternampak dua ekor harimau berkeliaran di bawah pokok yang dipanjatnya ketika berada di dalam hutan.

Peristiwa itu dikongsi pengguna TikTok Fahad MK dan meraih lebih 3.9 juta tontonan, sekali gus mencuri perhatian ramai kerana suasana tegang yang sempat dirakam.

Menerusi perkongsian video tersebut, jelas kedengaran bunyi kuat harimau mengaum tidak jauh dari tempat Fahad berada. Suasana semakin mencemaskan apabila terdengar juga bunyi haiwan lain seperti monyet, sekali gus menambahkan debaran.

Dalam rakaman itu, suara Fahad kedengaran panik dan tercungap-cungap seolah-olah sedang menahan ketakutan.

“Dia sedang bersembunyi dan sedang perhatikan gerak-geri saya hanya menunggu masa untuk serangan.

“Andai kau lapar sabarlah bila aku penat aku pasti turun kerana aku juga lapar,” katanya dalam kapsyen.

@fahad.mk_

Dia sedang bersembunyi dan sedang perhatikan gerak-geri saya hanya menunggu masa untuk serangan. “Andai kau lapar sabar lah bila aku penat aku pasti turun kerana aku juga lapar” Sesuatu tragedi yang berlaku sukar untuk dijelaskan biarlah menjadi pengalaman untuk Diri-Sendiri. #kisahbenar #harimaumalaya #pantheratigrisjacksoni #urbanexploration #lepidodendrontree

♬ original sound – fahad mk – fahad mk
Baca juga:

Tambahnya lagi, kejadian itu merupakan tragedi yang sukar untuk dijelaskan namun akan kekal sebagai pengalaman peribadi yang tidak dapat dilupakan.

“Sesuatu tragedi yang berlaku sukar untuk dijelaskan, biarlah menjadi pengalaman untuk diri sendiri,” tulisnya.

Pada akhir video berkenaan, Fahad turut berkongsi momen ketika waktu malam, di mana dipercayai dia hanya berani turun dari pokok selepas yakin keadaan sudah benar-benar reda.

Kejadian ini membuat ramai netizen berdebar menonton, malah ada yang pada awalnya menyangka rakaman tersebut hanyalah suntingan AI sebelum menyedari ia adalah pengalaman sebenar Fahad.

Related Posts