Seorang lelaki ditemui meninggal dunia berhampiran kawasan Pantai Melawi, Bachok, malam tadi.
Lelaki berusia 46 tahun itu difahamkan merupakan suspek yang disyaki memukul anak saudaranya berusia tujuh tahun dengan tukul hingga parah dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Jelawat, petang semalam.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohd Azrie Sulaiman, pasukan forensik sedang menguruskan mayat suspek yang ditemukan tidak bernyawa di kawasan pokok rhu, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan kanak-kanak berkenaan masih dalam keadaan kritikal dan kini menerima rawatan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM).
Baca juga:
- DBKL kompaun kakitangan selepas dakwaan buang sampah tular
- Hasrat tunjuk hasil pancing berakhir tragedi, kanak-kanak lelaki maut dirempuh lori
- Dakwa kerja tak setaraf, lelaki terkesan ditinggalkan isteri selepas 13 tahun bersama
Beliau menambah, perkembangan lanjut berhubung kes ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Terdahulu, mangsa, Muhammad Ammar Muhammad Badrol, 7, mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dipercayai akibat dipukul dengan tukul kira-kira jam 5.15 petang semalam.
Sumber: Harian Metro








