Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian Malaysia untuk terus memimpin usaha keamanan serantau ASEAN ketika berbual melalui telefon dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump hari ini.
Dalam perbualan itu, Anwar menekankan bahawa Malaysia selaku Pengerusi ASEAN komited memainkan peranan aktif dalam meredakan ketegangan konflik sempadan Kemboja–Thailand.
Baca juga:
- Trump iktiraf peranan Malaysia damai Kemboja–Thailand – Anwar
- 7 pelajar IKBN Miri digantung, elaun dihentikan
- Polis nafi unsur pergaduhan dalam kes kematian Ejen Andy Adul
Pengiktirafan daripada Trump
Menurut Anwar, Trump turut mengiktiraf usaha Malaysia memudah cara tercapainya perjanjian gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand. Presiden AS itu menyifatkan pencapaian tersebut sebagai bukti kewibawaan Malaysia serta keteguhan ASEAN dalam menangani krisis serantau.
“Saya juga menyampaikan penghargaan kepada beliau atas peranan yang dimainkan AS dalam memastikan gencatan senjata itu berjaya dicapai,” kata Anwar dalam kenyataan malam ini.
Sidang Kemuncak ASEAN bulan depan
Anwar berkata, Malaysia menantikan kehadiran Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN bulan depan, yang bakal menjadi platform penting untuk memperkukuh kerjasama ke arah keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau ini.
Perbualan itu berlangsung ketika Anwar menerima kunjungan hormat Wakil Perdagangan AS, Jamieson Greer, yang berada di Kuala Lumpur sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-57.