Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Changsha, China, dimasukkan ke hospital selepas dipaksa menyiapkan kerja sekolah dan belajar tanpa henti selama 14 jam di bawah pemantauan ibu bapanya.
Kejadian itu dilaporkan berlaku pada hujung bulan lalu apabila budak lelaki dikenali sebagai Liangliang mula belajar seawal jam 8 pagi hingga 10 malam tanpa sebarang rehat. Menjelang 11 malam, dia mengalami gejala seperti pernafasan laju, pening, sakit kepala serta kebas pada anggota badan.
Panicked, ibu bapanya segera membawanya ke hospital. Doktor mengesahkan Liangliang mengalami masalah pernafasan akibat hyperventilation, iaitu bernafas terlalu cepat kerana tekanan emosi kesan daripada desakan belajar tanpa henti. Liangliang kemudian dipasang topeng oksigen bagi membantu mengawal pernafasannya, lapor Oddity Central.
Baca juga:
- Trump janji halang Israel rampas wilayah Tebing Barat
- Budak 11 tahun masuk hospital selepas dipaksa belajar 14 jam tanpa henti
- Itali & Sepanyol hantar kapal tentera laut bantu GSF
Kes bukan satu, malah meningkat
Pakar kesihatan memberi amaran bahawa gejala seperti sesak dada serta kebas pada bibir, tangan dan kaki boleh menjadi berbahaya jika tidak dirawat segera. Dalam keadaan lebih serius, pesakit boleh mengalami kekejangan otot hingga jari menjadi kaku dan bergerak tanpa kawalan, keadaan yang dikenali sebagai “jari ayam”.
Hospital Pusat Changsha turut mendedahkan bahawa pada bulan Ogos sahaja, lebih 30 kanak-kanak dibawa ke unit kecemasan pediatrik dengan simptom hampir sama. Jumlah ini meningkat 10 kali ganda berbanding bulan sebelumnya. Antara punca utama ialah tekanan akademik, rasa cemas menghadapi peperiksaan serta penggunaan telefon pintar secara berlebihan.
Kes Liangliang menunjukkan bagaimana masyarakat China terlalu menekankan pencapaian akademik. Peperiksaan besar yang dianggap penentu masa depan pelajar sering membuatkan anak-anak terpaksa belajar tanpa henti, sehingga menjejaskan kesihatan mental dan fizikal mereka.