'Poket saya sendiri pun dah tebal' – Daiyan Trisha tidak cari lelaki berharta | The Reporter

‘Poket saya sendiri pun dah tebal’ – Daiyan Trisha tidak cari lelaki berharta

Pelakon Malaysia, Daiyan Trisha, tersenyum sambil memakai jaket kulit coklat dan baju putih berbutang di sebuah kedai pakaian.
“Poket saya sendiri pun dah tebal” – Daiyan Trisha | Kredit gambar: IG Daiyan Trisha

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha menolak persepsi bahawa dirinya mencari lelaki berharta sebagai pasangan hidup. Tegasnya, dia lebih selesa berdiri atas kaki sendiri tanpa bergantung pada sesiapa.

“Mahu lelaki poket tebal? Tak mengapa, poket saya sendiri pun dah tebal, tak perlu cari lelaki berharta. Saya seorang wanita yang kuat dan berdikari,” ujar bintang berusia 32 tahun itu kepada Kosmo! Online.

Beliau menambah, keserasian dan kejujuran lebih penting berbanding status kewangan. Malah, dia lebih gemar berkenalan secara bersemuka berbanding melalui media sosial.

Ciri lelaki idaman: kelakar dan serasi

Berkongsi tentang ciri lelaki pilihan, pelantun lagu Penat itu tidak meletakkan syarat ketat dari segi umur atau status. Namun, sifat kelakar menjadi daya tarik utama.

“Okey sahaja, tua atau muda. Saya tak kisah. Tapi saya perlu akui bahawa saya sangat sukakan lelaki kelakar. Orang kelakar memang dekat dengan jiwa saya,” katanya.

Baca juga:

Walaupun ramai cuba mendekatinya, Daiyan lebih memilih untuk berkawan dahulu. Dia menegaskan tidak mahu terburu-buru mengejar cinta kerana keutamaannya kini adalah kerjaya seni yang sedang berkembang.

Fokus pada kerjaya, bukan cinta semata

Pelakon drama Projek: High Council itu berkata, dirinya menghargai sokongan peminat tetapi enggan terperangkap dalam situasi cinta sebelah pihak.

“Ramai yang cuba dekati saya, ada juga mesej ajak keluar makan. Tetapi saya lebih selesa berkawan dengan semua orang, terutama peminat. Kalau bertepuk sebelah tangan, nanti jadi tak seronok,” katanya lagi.

Sebelum ini, Daiyan pernah menafikan gosip yang mendakwa dirinya sudah bergelar isteri keempat kepada seorang kenamaan, yang tersebar menerusi ruangan pojok hiburan.

Related Posts