Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, menegaskan komitmen negaranya untuk menyokong penyelesaian konflik Israel-Palestina melalui solusi dua negara, dalam ucapan beliau di Sidang Kemuncak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat.
Dalam ucapannya, Prabowo menekankan bahawa Indonesia sentiasa menyokong kemerdekaan dan kedaulatan Palestin, dan beliau menyeru pengiktirafan negara Palestin sebagai langkah pertama menuju keamanan sejati di Timur Tengah.
“Indonesia telah lama menjadi pendukung teguh kemerdekaan dan kedaulatan Palestin. Kami percaya bahawa hanya dengan pengakuan terhadap negara Palestin yang merdeka, kita dapat membuka jalan menuju perdamaian yang sejati di Timur Tengah,” ujar beliau.
Indonesia sedia akui Israel jika Israel akui Palestin
Prabowo juga menegaskan bahawa Indonesia bersedia mengiktiraf negara Israel sebaik sahaja Israel mengiktiraf kedaulatan Palestin.
“Jika Israel mengakui kemerdekaan dan kedaulatan Palestina, Indonesia akan segera mengakui negara Israel dan menjamin keamanan negara tersebut,” katanya.
Beliau menekankan bahawa pengiktirafan negara adalah langkah asas menuju perdamaian, dan menyeru semua pihak untuk menyokong pengiktirafan Palestin serta mendorong Israel mengambil langkah yang sama.Solusi dua negara
Baca juga:
- Prabowo seru pengiktirafan Palestin & perdamaian Israel-Palestin
- Israel bertegas halang flotila bantuan cuba pecah sekatan Gaza
- Pelajar 15 tahun dibunuh kekasih gelap selepas meminta dibelikan iPhone
Solusi dua negara
Presiden Indonesia menegaskan bahawa solusi dua negara merupakan satu-satunya cara untuk mewujudkan perdamaian yang adil dan berterusan. Beliau menekankan komitmen Indonesia untuk terus mendukung perjuangan rakyat Palestin dan bekerjasama dengan semua pihak yang berhasrat menamatkan konflik di Timur Tengah.
“Indonesia percaya bahawa solusi dua negara adalah satu-satunya jalan untuk mencapai perdamaian yang adil dan berkelanjutan. Kami berkomitmen untuk terus mendukung perjuangan rakyat Palestina dan bekerja sama dengan semua pihak yang berkeinginan untuk mewujudkan perdamaian di Timur Tengah,” tambah beliau.
Sidang forum ini diketuai bersama oleh Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Pangeran Faisal bin Farhan Al Saud, dengan sambutan awal oleh Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres. Forum ini dianggap sebagai langkah bersejarah untuk menggalakkan dialog dan keamanan yang berterusan di Timur Tengah.
Ucapan Prabowo mendapat tepukan gemuruh daripada para pemimpin dunia dan menegaskan suara Indonesia sebagai pendukung kuat penyelesaian dua negara bagi konflik Israel-Palestin.