KBS gesa siasatan penuh insiden buli di IKBN Miri | The Reporter

KBS gesa siasatan penuh insiden buli di IKBN Miri

Sekumpulan pelajar berpakaian uniform gelap didapati membuli seorang pelajar lain di kawasan luar IKBN Miri, insiden buli yang tular di media sosial.
Tular video insiden buli di IKBN Miri, KBS gesa siasatan penuh dan tindakan tegas ke atas pelaku.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tular di media sosial rakaman video insiden buli membabitkan pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri, yang memperlihatkan seorang pelajar dipukul sekumpulan rakan lain pada 19 September lalu. Kejadian berlaku sekitar jam 4.30 petang dan hanya disedari pihak institusi selepas laporan mengenainya tersebar pada 22 September.

Pentadbiran IKBN Miri terus melancarkan siasatan dalaman sebaik menerima aduan, selain menjalin kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengenal pasti pelaku.

Baca juga:

KBS: Tiada kompromi terhadap budaya buli

Susulan tularnya insiden itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam laporan Astro Awani menegaskan pihaknya memandang serius perbuatan berkenaan kerana ia menyentuh aspek keselamatan, maruah dan disiplin pelajar di bawah Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).

“KBS memandang serius perbuatan ini kerana ia menyentuh isu keselamatan, maruah dan disiplin yang menjadi asas kepada semua ILKBS,” jelas kementerian itu.

KBS menegaskan perbuatan buli bukan sahaja salah laku individu, malah satu ancaman kepada budaya pembelajaran yang sihat dan selamat. Justeru, tindakan tegas termasuk penggantungan atau buang institusi akan dikenakan terhadap pelajar yang terbabit.

Dalam kenyataan sama, KBS turut memberi amaran bahawa tiada ruang untuk menjadikan kekerasan fizikal sebagai gurauan atau tradisi di ILKBS.

Related Posts