DAP sedia terus bersama BN, tapi mahu kekal semua kerusi menang | The Reporter

DAP sedia terus bersama BN, tapi mahu kekal semua kerusi menang

Anthony Loke duduk di meja pejabat dengan logo roket DAP di belakangnya.
Anthony Loke tegaskan DAP sedia terus bersama BN, tapi mahu kekalkan semua kerusi menang. | Kredit gambar: The Straits Times

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Konvensyen DAP Negeri Sembilan yang berlangsung pada Ahad menjadi pentas Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook, untuk memperjelas hala tuju parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Beliau menekankan bahawa DAP berpegang pada prinsip mempertahankan semua kerusi yang telah dimenangi sebelum ini sekiranya kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) diteruskan.

DAP tidak tuntut kerusi tambahan

Anthony menjelaskan, pembahagian kerusi dalam kerangka kerajaan perpaduan tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya. Bagi beliau, kunci utama ialah mengelakkan pertembungan sesama parti komponen dan menghormati kemenangan lalu.

Baca juga:

“Kerusi yang sudah dimenangi parti, sepatutnya kekal ditandingi oleh parti itu. Di Negeri Sembilan, DAP telah mengekalkan rekod bersih dengan menang semua 11 kerusi Parlimen dan DUN yang ditandingi. Jadi, kami tidak meminta lebih,” katanya, lapor Sinar Harian.

Sebagai contoh, beliau menyebut kerusi DUN Labu yang kini dikuasai Perikatan Nasional (PN). Kerusi itu pada PRU15 lalu ditandingi Parti Keadilan Rakyat (PKR), maka DAP tidak berhasrat menuntutnya.

Isu MCA dan BN bukan urusan DAP

Dalam sidang media yang sama, Anthony turut menyentuh dakwaan bahawa DAP menjadi punca hubungan dingin antara BN dan MCA. Dengan nada sinis, beliau menolak tuduhan tersebut sambil menegaskan ia masalah dalaman parti berkenaan.

“Itu ibarat masalah rumah tangga sendiri. Jangan pula salahkan jiran kalau ada perselisihan di dalam rumah,” katanya ringkas.

Related Posts