Semak cip MyKad sebelum isi minyak untuk nikmati subsidi petrol - Saifuddin | The Reporter

Semak cip MyKad sebelum isi minyak untuk nikmati subsidi petrol – Saifuddin

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika sidang media, mengingatkan orang ramai semak cip MyKad bagi nikmati subsidi petrol bersasar.
“Semak cip MyKad lebih awal, elak masalah tuntut subsidi petrol,” pesan Saifuddin Nasution. | Kredit gambar: Utusan Malaysia

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Orang ramai diingatkan supaya tidak mengambil mudah fungsi cip pada MyKad masing-masing kerana dokumen pengenalan itu akan menjadi kunci utama untuk menikmati subsidi bersasar harga petrol tidak lama lagi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sekiranya cip gagal dibaca ketika mengisi minyak, pengguna berisiko tidak mendapat manfaat penurunan harga petrol RON95 yang dijangka berkuat kuasa hujung bulan ini.

Baca juga:

Pembaikan di JPN selesai hari sama

Beliau menjelaskan, masalah cip tidak perlu merisaukan kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyediakan perkhidmatan baik pulih segera.

“Kalau cip rosak, pergi saja ke mana-mana kaunter JPN. Insya-Allah siap pada hari sama. Jangan tunggu sampai saat akhir, lebih baik semak lebih awal,” katanya dalam hantaran di Facebook, seperti dipetik oleh BERNAMA.

Harga RON95 turun RM1.99 seliter

Saifuddin turut memaklumkan, melalui pelaksanaan subsidi bersasar, harga RON95 dijangka turun kepada RM1.99 seliter seperti yang dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menyifatkan penurunan ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI untuk menunaikan janji kepada rakyat, walaupun mengambil sedikit masa untuk dilaksanakan.

Katanya lagi, kerajaan berpegang pada prinsip menjaga kebajikan semua golongan dan memastikan ekonomi negara terus makmur dengan penuh tanggungjawab.

Related Posts