Kanak-kanak 12 tahun maut dibaham buaya ketika menjala | The Reporter

Kanak-kanak 12 tahun maut dibaham buaya ketika menjala

Pasukan bomba membawa mayat kanak-kanak 12 tahun yang maut dibaham buaya di Sungai Empila, Samarahan.
Pasukan penyelamat mengusung mayat kanak-kanak 12 tahun yang maut dibaham buaya ketika menjala di Sungai Empila. | Kredit gambar: Media Sosial / Orang Awam

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Penduduk Samarahan digemparkan dengan dua insiden ngeri melibatkan serangan buaya di sungai berasingan dalam tempoh kurang seminggu.

Seorang kanak-kanak maut pagi tadi, manakala seorang lelaki dewasa pula masih hilang dipercayai dibaham reptilia sama sejak Isnin lalu.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa terbaru, Arif Fahmi Aiman Mohd Tinggal, 12, sedang menjala seorang diri di Sungai Kampung Empila kira-kira jam 7.30 pagi sebelum jeritannya mengejutkan seorang pemancing berdekatan.

Saksi bergegas menghampiri perahu namun hanya menemui air yang berkocak, lalu menghubungi pihak berkuasa. Tidak lama kemudian, pasukan bomba yang tiba di lokasi menemui mayat mangsa kira-kira 10 meter dari tempat terakhir dia dilihat, dengan kesan gigitan buaya pada badan dan dada.

Mayat kanak-kanak itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Tragedi ini berlaku ketika operasi mencari Ahmad Alzadkhri Sudin, 32, masih diteruskan. Lelaki berkenaan dilaporkan hilang selepas dipercayai dibaham buaya ketika menjala udang bersama keluarganya di sungai berhampiran Kampung Lubok Punggor, petang Isnin lalu.

Serangan berterusan ini menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk yang rata-ratanya masih bergantung kepada sungai untuk mencari rezeki. Banyak pihak kini mendesak agar langkah segera diambil bagi mengurangkan ancaman reptilia berbahaya itu.

Related Posts