Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), Datuk Ir Ts. Mohd Yaakob Jaafar menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga kerja syarikat itu yang sentiasa berusaha keras memastikan bekalan elektrik disalurkan kepada rakyat Sabah.
Dengan nada sebak, beliau menegaskan bahawa biarpun berdepan dengan pelbagai cabaran, kutukan mahupun kritikan, setiap anggota kerja SESB tetap teguh dengan semangat dan iltizam mereka.
“Kepada semua anggota kerja Sabah Electricity, saya ucapkan terima kasih kerana bekerja tanpa mengira penat lelah. Walau apapun tomahan atau kritikan yang dilemparkan, niat kita tetap sama, memastikan bekalan elektrik sampai kepada pengguna di seluruh Sabah,” katanya.
Datuk Ir Ts. Mohd Yaakob turut menegaskan bahawa dedikasi dan semangat juang warga kerja SESB menjadi tonggak kepada kestabilan tenaga negeri ini.
“Kita abaikan segala kutukan dan pandangan negatif. Yang lebih utama adalah usaha dan niat murni kita dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” ujarnya lagi.
Baca juga:
- Kanak-kanak 12 tahun maut dibaham buaya ketika menjala
- ‘Kenapa susah sangat depositkan balik duit dah diambil?’ – Anak pengasas Dnars
- CEO Sabah Electricity zahirkan penghargaan anggota kerja
Terdahulu, Sabah Electricity Sdn Bhd mengesahkan seorang kakitangannya dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika bertugas di sebuah kampung di Keningau.
Sabah Electricity dalam satu kenyataan berkata, pasukan penyelamat bersama pihak berkuasa berkaitan telah digerakkan ke lokasi dan usaha pencarian sedang giat dijalankan.
Masdeh Rosmin, 35, dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika menjalankan kerja penyelenggaraan bekalan elektrik di Kampung Nuntunan Apin-Apin, kira-kira jam 9.50 malam, 16 September lalu.
Difahamkan, Masdeh yang menetap di Kampung Bingkor, Keningau sedang menanti detik kelahiran cahaya mata pertama bersama isterinya.
Sumber: My Community News Sabah