Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan Kejuaraan Ironman Dunia 2025 yang berlangsung di Nice, Perancis.
Syed Saddiq mencatatkan masa keseluruhan 13 jam 4 minit 36 saat, menamatkan renangan sejauh 3.8 kilometer (km), kayuhan basikal sejauh 180 km serta larian maraton 42 km di laluan berbukit yang mencabar.
Beliau menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-1,705 daripada 2,337 peserta keseluruhan, selain berada di tangga ke-237 bagi kategori lelaki berusia 30 hingga 34 tahun.
Menerusi perkongsian penaja utama beliau, Primavalet, keluarga Syed Saddiq turut hadir memberi sokongan moral sepanjang acara berlangsung.
“Alhamdulillah! 13:04:36, YBSS berjaya tamatkan Ironman World Championship 2025 di Nice, France,” tulis hantaran di Instagram Primavalet.
Baca juga:
- PDRM siasat video tular keluarga berpakaian ala diraja
- Kerajaan Sabah batal sambutan Hari Malaysia
- Anwar bangga pentadbirannya berjaya hentikan budaya salahguna kuasa rompak harta rakyat
Paling mencuri perhatian, kehadiran pelakon dan penyanyi Bella Astillah yang dilihat berada di lokasi kejohanan untuk memberikan sokongan, sekali gus menambah sorotan terhadap detik bersejarah ini.
Gelagat Bella yang turut berlari sambil mengenakan baju kurung bagi memberikan sokongan kepada Syed Saddiq turut mencuri perhatian ramai
Kejayaan Syed Saddiq ini bukan sahaja menjadi kebanggaan peribadi, malah turut mengangkat nama Malaysia di pentas dunia sukan lasak yang menuntut semangat juang tinggi.
Sumber: Kosmo, Primavalet