Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kehilangan insan tersayang pastinya meninggalkan luka yang sukar diubati. Kerinduan itu tidak mampu digambarkan dengan kata-kata, apatah lagi apabila yang pergi adalah seorang anak kecil.
Baru-baru ini, satu video di TikTok meruntun hati ramai apabila seorang wanita berkongsi momen terakhir menyiapkan anaknya sebelum keluar rumah.
Menerusi rakaman tersebut, Chempaka Alara Azizi atau mesra dipanggil Bunga, dilihat sedang didandan rambut oleh ibunya. Keceriaan jelas terpancar di wajah kanak-kanak berusia tiga tahun itu. Namun, siapa sangka, itulah kali terakhir wanita berkenaan menyiapkan anaknya.
“Mommy tak dapat mandikan Bunga buat kali terakhir, tak dapat hantar Bunga ke rumah baru. Tapi mommy dah siapkan Bunga cantik-cantik pagi tu untuk balik ke rumah kita jumpa yayah. Tak sangka itu touch up terakhir mommy buat untuk Bunga.
“Terima kasih sayang mommy untuk tiga tahun yang bermakna. Mommy, yayah sayang sangat anak cantik dendut mommy itu,” tulisnya.
Baca juga:
- ‘Kalau ikhlas berjuang untuk Melayu, push pemaju siapkan cepat projek’ – Penduduk Kg Sungai Baru
- ‘Tindakan tegas terhadap provokasi ganggu operasi pengosongan Kampung Sungai Baru’ – Ketua Polis KL
- ‘Bukan semua yang hadir adalah penduduk asal, ramai orang luar buat kecoh’ – Syed Badli
Terdahulu, insiden kemalangan dilaporkan berlaku di Jalan Bahau-Keratong, dekat Perkampungan Orang Asli Bukit Serok, Muadzam Shah, yang meragut tiga nyawa.
Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang terkorban ialah Aida Asmalia Abu Samah, 46; Chempaka Alara Azizi, 3; dan penuntut Kolej Matrikulasi Gambang, Siti Auni Syafiqa Sheikh Ali, 18. Difahamkan, pemandu kereta meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala dua lagi mangsa menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di Hospital Muadzam Shah.
Dalam nahas itu, ibu kepada Chempaka Alara dilaporkan mengalami kecederaan.