Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kerajaan komited meningkatkan pendapatan rakyat dengan melaksanakan pelbagai dasar termasuk Perintah Gaji Minimum, Dasar Gaji Progresif dan Skim Saraan Perlindungan Awam.
Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah, kenaikan kadar gaji minimum kepada RM1,700 tahun ini memberi manfaat besar bukan sahaja kepada pekerja berpendapatan rendah, malah turut mendorong semakan semula gaji pekerja lain.
“Gaji minimum telah naik daripada RM1,200 kepada RM1,500 dan seterusnya RM1,700 pada 2025. Bila lantai gaji dinaikkan, gaji pekerja lain juga akan meningkat,” katanya ketika menjawab soalan di Dewan Negara semalam.
Baca juga:
- ‘Cadangan kembalikan Dara, Amoi, Kelat wajar dipertimbangkan dengan serius’ – Arthur
- WWF-Malaysia ambil maklum kebimbangan orang ramai kebajikan tiga gajah
- GSF 2.0: Tiga delegasi Malaysia kembali ke tanah air selepas kapal rosak
Penjawat awam sudah terima pelarasan gaji
Selain pekerja sektor swasta, penjawat awam turut menikmati pelarasan gaji sebanyak 15 peratus. Kenaikan ini dilaksanakan dalam dua pusingan, iaitu pada Disember 2024 dan Januari 2025.
Amir Hamzah berkata, kerajaan juga memberi tumpuan kepada kebajikan perkhidmatan awam dengan membaiki rumah sedia ada serta menambah baik kemudahan kuarters.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa pelaksanaan inisiatif berkenaan bergantung kepada kekuatan kewangan negara. Kementerian Kewangan kini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh ruang fiskal supaya manfaat kenaikan gaji dapat dinikmati semua pihak secara berterusan.
Sumber: Buletin TV3




