Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Penganjuran acara sebuah festival makanan kini dihimpit kontroversi apabila wajah remaja, Allahyarhamah Zara Qairina, dipaparkan pada salah satu poster promosi acara berkenaan.
Poster tersebut yang tersebar di media sosial jelas memaparkan gambar Zara bersama slogan “Justice For Zara Qairina”, sedangkan ia digunakan bagi mempromosikan festival makanan yang dijadual berlangsung di Dataran Arena Merdeka, Dungun pada 20 hingga 24 Ogos lalu.
Tindakan itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai, malah ada yang menyifatkan ia sebagai tidak sensitif terhadap keluarga mangsa serta tidak menghormati perjuangan sebenar di sebalik slogan berkenaan.
Baca juga:
- MERCY Malaysia tiba di Gaza, bantu pemulihan sistem kesihatan
- Bekas pemain bola disyaki tembak lelaki yang pernah menyerangnya
- Utusan ambil tindakan undang-undang individu guna nama Utusan sebar fitnah
Sehingga kini, pihak penganjur belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu, namun desakan agar poster tersebut ditarik balik semakin lantang disuarakan di media sosial.
Walaupun sudah pelbagai kritikan dilemparkan kepada penganjur berkenaan, namun poster berkenaan masih belum lagi diturunkan.
Sumber: X Jon, Facebook.








