Teo Nie Ching persoal kewajaran klinik digantung operasi 30 hari | The Reporter

Teo Nie Ching persoal kewajaran klinik digantung operasi 30 hari

Teo Nie Ching berdiri dan berucap di Parlimen sambil memegang kertas.
Teo Nie Ching persoal kewajaran hukuman gantung operasi klinik 30 hari di Pontian. | Kredit gambar: Majoriti

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tindakan Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) menutup sebuah klinik gigi selama sebulan selepas Jalur Gemilang dipasang secara terbalik menimbulkan persoalan tentang sejauh mana hukuman itu wajar dikenakan.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching mempersoalkan sama ada keputusan itu berpadanan dengan kesilapan yang berlaku tanpa niat.

Seorang wanita menurunkan Jalur Gemilang di tingkap sambil diperhatikan pegawai penguat kuasa.
Pemuda DAP persoal arahan tutup 30 hari | Kredit gambar: Media sosial

Beliau berkata, kes itu telah pun disiasat polis dan tiada unsur mencabar kedaulatan negara ditemui. Namun arahan penutupan selama 30 hari disifatkan terlalu lama, apatah lagi jika situasi sama berlaku kepada kilang atau premis besar yang menampung ramai pekerja.

“Bayangkan kesan ekonomi dan sosialnya,” katanya.

Baca juga:

Isu teknikal jadi beban pemilik premis

Bagi Nie Ching, kesilapan mengibarkan bendera tidak sepatutnya dihukum dengan pendekatan yang boleh menjejaskan kelangsungan perniagaan. Beliau menegaskan, penting untuk rakyat menghormati Jalur Gemilang, namun PBT juga perlu berlaku adil dan mengambil kira niat di sebalik perbuatan.

“Ramai orang yang saya temui berasa takut hendak pasang bendera kerana risau kalau tersalah gantung. Ini amat membimbangkan kerana semangat patriotik sepatutnya digalakkan, bukan digugat dengan rasa takut,” ujarnya.

Bendera terbalik di klinik Pontian hanya disebabkan kecuaian pekerja - Ahmad Maslan
Jalur Gemilang terbalik di klinik Pontian cetus kecaman, polis sahkan ia berpunca daripada kecuaian pekerja.

MPPn sebelum ini menegaskan klinik berkenaan melanggar Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Perniagaan dan Perdagangan 2019 yang menetapkan syarat pengibaran bendera. Notis penutupan dikeluarkan minggu lalu dan mencetuskan pelbagai reaksi, ada yang menyokong tindakan keras itu dan ada yang menganggapnya keterlaluan.

Sumber: Malaysia Gazette

Related Posts