Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Penantian kini berakhir, Naza Group kembali lagi dengan Karnival Naza Automania Volume 3, yang berlangsung selama 3 hari bermula hari ini sehingga 24 Ogos 2025.
Acara ini bukan saja menawarkan pelbagai tawaran automotif yang cukup berbaloi, malah terdapat juga pelancaran model baharu serta aktiviti-aktiviti menarik untuk seisi keluarga.
Paling best, korang berpeluang untuk memiliki kenderaan mewah dengan harga rebat yang jauh lebih berbaloi antaranya:
– Mercedes-Benz EQE (model terpilih): rebat sehingga RM240,000*
– Maserati: bermula RM508,000 dengan yuran tempahan RM8,888* sahaja untuk semua stok
– Toyota Alphard 2021: bermula RM180,000*
– Suzuki Jimmy 3-Door (unit terhad): bermula dari RM130,000* atau rebat RM10,000 untuk varian 5-Door*
– Ducati: rebat sehingga RM30,000
– Ducati Hyper Mono: tawaran eksklusif sehingga RM11,000
– Jualan penghabisan motosikal demo dengan harga istimewa

Haa, istimewanya hari ini, terdapat pelancaran model baru motosikal Ducati di pasaran Malaysia, iaitu Ducati Panigale V2 dan Ducati Multistrada V2!

Selain itu, terdapat juga penampilan khas Khairy Jamaluddin semasa acara berlangsung pada hari ini untuk sesi meet and greet tau.

Ada banyak lagi aktiviti menarik yang korang boleh sertai. Kalau korang nak tahu, jom kami kongsikan antara sorotan ringkas sepanjang acara Karnival Naza Automania Volume 3.
Tarikan Sepanjang Hari (22 Ogos hingga 24 Ogos 2025)
– MotoGP Time Attack
– Zon Pandu Uji
– Trak vendor makanan
– Persembahan DJ secara langsung
– MotoGP Experience Zone
– Booth seperti Shell, Garmin, GoPro, Carrera, Ducati, Love Food Fest
– PERCUMA Monster Energy Drinks
Jadual dan Sorotan Aktiviti Karnival Naza Automania Volume 3
Sabtu, 23 Ogos 2025
– Belon, Popcorn dan Bendera Malaysia Mini PERCUMA untuk kanak-kanak
– Hot Wheels Mania Race
– 1 petang sehingga 2 petang: Kopiko Sampling
– 2 petang sehingga 3 petang: Meet & Greet bersama pelumba pasukan JDT, Hafizh Syahrin
Ahad, 24 Ogos 2025
– Belon, Popcorn dan Bendera Malaysia Mini PERCUMA untuk kanak-kanak
– Hot Wheels Mania Race
– 1 petang sehingga 2 petang: Kopiko Sampling

Haa, berbaki dua hari saja lagi, memang rugi sangat kalau korang tak datang ke acara ini sebab korang berpeluang untuk menikmati pelbagai tawaran yang cukup berbaloi tau! Nak tahu, kenalah datang!
Jadi, keluarga dan kawan-kawan untuk datang ke Karnival Naza Automania Volume 3 di Naza Automall, Petaling Jaya, bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang.
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Naza Automall, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram untuk update terkini.