Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek semalam turun padang ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Reko yang mempunyai lebih 1,700 pelajar, termasuk murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
Sepanjang lawatan itu, beliau meninjau bilik darjah, surau, kantin, padang permainan serta tandas sekolah. Guru-guru yang ditemui tidak melepaskan peluang menyuarakan cabaran mereka dalam mengurus disiplin, kehadiran murid dan usaha meningkatkan pencapaian akademik.
“YB, lama dah nak luah. YB, dengarlah luahan kami ni,” kata Fadhlina, mengimbas kembali sapaan para guru yang mahu suara mereka didengari.

Baca juga:
- Tembakan ke arah lembu korban tular: Tindakan elak risiko, kata MB Perlis
- FINAS sahkan penamatan tayangan filem Konspirasi atas permintaan penerbit
- Video tular: Polis siasat dakwaan MB Perlis tembak lembu

Peruntukan dan penambahbaikan
Bagi memastikan keselesaan warga sekolah, Fadhlina mengumumkan peruntukan RM100,000 untuk kerja penyelenggaraan kemudahan. Beliau turut menyampaikan sumbangan papan pintar sebagai langkah memperkukuh kaedah pengajaran interaktif di bilik darjah.
“Semua aspek perlu diberi perhatian, guru, pentadbir, apatah lagi anak-anak kita. Tiada yang lebih penting selain memastikan kualiti pendidikan dapat terus ditingkatkan demi manfaat semua,” katanya.
Sumber: Facebook Fadhlina Sidek








