DBKL tolak 348 permohonan sewa PPR, antaranya culas bayar sewa & gaji melebihi RM4,000 | The Reporter

DBKL tolak 348 permohonan sewa PPR, antaranya culas bayar sewa & gaji melebihi RM4,000

Pemandangan blok flat PPR berwarna-warni dengan kawasan riadah di hadapan, kelihatan dua kanak-kanak bermain bola.
Hidup di rumah PPR penuh warna, namun tidak semua penyewa layak kekal — DBKL tolak 348 permohonan sewa. | Kredit gambar: Viral Cham

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendedahkan sebanyak 348 permohonan lanjutan sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Program Perumahan Awam (PA) ditolak kerana tidak menepati syarat kelayakan yang ditetapkan.

Menurut DBKL, jumlah itu adalah sebahagian daripada 3,379 permohonan lanjutan yang diterima selepas pihaknya mengeluarkan lebih 5,307 notis peringatan tamat tempoh sewa antara Januari hingga Julai 2025.
Daripada jumlah itu, 3,031 permohonan diluluskan, manakala baki 348 ditolak.

Baca juga:

Faktor penyewa gagal lanjutkan sewa

Antara punca utama kegagalan permohonan termasuklah:

  • Tunggakan sewa rumah dan bil air yang tinggi
  • Pendapatan isi rumah melebihi RM4,000 sebulan
  • Pemilikan rumah lain dalam radius 35 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur
  • Mempunyai pasangan bukan warganegara
  • Tidak menetap di unit dan menyewakan kepada penyewa tidak sah
Masih ada ruang rayuan

Walaupun tegas, DBKL menjelaskan penyewa yang tidak diluluskan masih diberi peluang mengemukakan rayuan dalam tempoh 30 hari selepas menerima notis gagal lanjut tempoh, tertakluk kepada pertimbangan munasabah.

DBKL menegaskan langkah penguatkuasaan ini penting bagi memastikan unit rumah PPR dan PA benar-benar diberikan kepada mereka yang layak serta bertanggungjawab membayar sewa bulanan.

Sumber: Harian Metro, Malaysia Gazette

Related Posts