'Saya pilih rakyat, bukan kesenangan jawatan' - Akmal Saleh | The Reporter

‘Saya pilih rakyat, bukan kesenangan jawatan’ – Akmal Saleh

Akmal Saleh berbaju merah berada di tengah orang ramai ketika menghadiri sebuah program malam.
Dr. Akmal Saleh dikerumuni orang ramai ketika turun padang bersama penyokong di satu acara. | Kredit gambar: Facebook Akmal Saleh

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ketua Pemuda UMNO, Akmal Saleh menegaskan beliau memilih untuk berdiri bersama rakyat berbanding mengejar kesenangan jawatan.

Katanya, tujuan beliau berada dalam politik bukan untuk menikmati kehidupan selesa, sebaliknya memenuhi harapan rakyat agar suara mereka didengar.

Rakyat sebagai sandaran perjuangan

Dalam hantaran terbarunya di Facebook, Akmal menyatakan rakyat di bawah menjadi pendorong utama perjuangannya. Beliau percaya sokongan mereka yang mengangkat dirinya ke pentas politik dengan penuh harapan agar suara mereka dibela.

“Saya boleh pilih untuk hidup senang lenang dengan jawatan, tetapi itu bukan niat saya untuk masuk dunia ini. Saya pilih mereka berbanding kesenangan,” katanya.

Baca juga:

Bakal didakwa Jumaat ini

Terdahulu, Akmal mengesahkan beliau akan berdepan pertuduhan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada 22 Ogos ini berhubung penglibatannya dalam himpunan solidariti Jalur Gemilang di Kepala Batas, Pulau Pinang. Beliau disiasat selepas hadir memberi keterangan di Bukit Aman pada 15 Ogos lalu.

Menurutnya, pertuduhan itu akan dibuat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, namun beliau tetap bertekad menghadapi proses tersebut walaupun terpaksa menamatkan awal ziarah umrahnya di Mekah.

“Saya mohon doa daripada semua rakyat Malaysia agar Allah permudahkan urusan ini. Jika inilah harga yang perlu dibayar demi kedaulatan negara, saya tidak akan mengalah. Kita akan lawan di mahkamah,” katanya.

Sumber: Facebook Akmal Saleh

Related Posts