Akmal Saleh, Hilman Idham antara 4 individu akan didakwa gugat ketenteraman awam | The Reporter

Akmal Saleh, Hilman Idham antara 4 individu akan didakwa gugat ketenteraman awam

Akmal dan Hilman akan didakwa atas tuduhan menggugat ketenteraman awam.
Akmal dan Hilman akan didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini mengesahkan keputusan untuk membawa pertuduhan terhadap empat individu berhubung kenyataan yang dibuat di media sosial.

AGC dalam kenyataan memaklumkan, pertuduhan tersebut melibatkan YB Datuk Dr. Muhamad Akmal bin Saleh, YB Muhammad Hilman bin Idham, Chandrasegaran a/l Subramaniam serta Siti Hajar Aflah binti Sharuddin.

Menurut AGC, kertas siasatan yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kenyataan-kenyataan terbabit dimuat naik menerusi beberapa platform iaitu laman Facebook “Akmal Saleh”, akaun TikTok “alfah.channel.tv”, akaun TikTok “cikguchandra3” dan akaun TikTok “SHA_Abrienda”.

“Berdasarkan keterangan dan bukti yang diperoleh, Jabatan ini memutuskan untuk mengemukakan pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan [Akta 574] terhadap YB Datuk Dr. Muhamad Akmal bin Saleh, YB Muhammad Hilman bin Idham dan Siti Hajar Aflah binti Sharuddin.

“Sementara itu, Chandrasegaran a/l Subramaniam pula akan dituduh di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 [Akta 588],” menurut kenyataan itu.

Baca juga:

Semua pertuduhan akan dikemukakan di Mahkamah Majistret yang mempunyai bidang kuasa setempat (local jurisdiction) dalam masa terdekat.

AGC menegaskan kenyataan yang dibuat oleh kesemua individu itu didapati menggugat ketenteraman awam dan merupakan penggunaan yang tidak wajar terhadap kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Sementara itu, Akmal yang kini berada di Mekah memaklumkan beliau akan memendekkan ibadah umrah dan pulang ke tanah air bagi menghadapi pertuduhan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Jumaat ini.

Related Posts