Lelaki Islam culas solat Jumaat di Terengganu berdepan denda RM3,000 atau penjara | The Reporter

Lelaki Islam culas solat Jumaat di Terengganu berdepan denda RM3,000 atau penjara

Pemandangan udara Masjid Taman Ilmu di Tembila, Besut, Terengganu dengan menara tinggi dan bumbung merah berlatar matahari terbenam.
Masjid Taman Ilmu di Tembila, Besut tersergam indah dengan senibina unik dan suasana senja yang memukau. | Kredit gambar: X Faizz619

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kerajaan Terengganu menegaskan lelaki Islam yang culas menunaikan solat Jumaat boleh dikenakan tindakan undang-undang walaupun hanya sekali tidak hadir tanpa alasan munasabah. Pindaan Enakmen Jenayah Syariah (Takzir) 2016 yang kini dikuatkuasakan membolehkan individu didakwa walaupun hanya sekali meninggalkan kewajipan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, sebelum pindaan dilakukan, hanya mereka yang gagal hadir tiga kali berturut-turut boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa agama.

Baca juga:

Hukuman denda dan penjara

Menurut beliau, individu yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000, penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali. Katanya lagi, hukuman hanya akan dijadikan pilihan terakhir sekiranya peringatan berulang kali tidak diendahkan.

“Peringatan ini penting kerana solat Jumaat bukan sekadar syiar tetapi juga lambang ketaatan umat Islam,” katanya sambil menjelaskan pemasangan kain rentang di pekarangan masjid seluruh negeri bertujuan memberi amaran jelas kepada orang ramai.

Usaha didikan, bukan semata-mata hukuman

Dalam masa sama, Dr Muhammad Khalil menyeru umat Islam melihat penguatkuasaan ini sebagai langkah mendidik dan menjaga martabat agama, khususnya dalam membentuk kesedaran generasi muda.

Beliau menjelaskan, tindakan boleh diambil sama ada melalui laporan awam, rondaan atau operasi bersepadu pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bersama pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Seksyen ini sudah ada sejak undang-undang digubal pada tahun 2001 dan pindaan pada 2016 menjadikannya lebih tegas,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Related Posts