Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Para saintis kini dalam keadaan berjaga-jaga selepas sebuah objek misteri dikesan meluncur ke arah Bumi dengan kelajuan luar biasa, mencecah 135,000 batu sejam. Objek yang dinamakan 3I/ATLAS itu menjadi tumpuan kerana sifatnya yang masih tidak dapat dipastikan sama ada ia hanya komet atau sesuatu yang lebih mengejutkan.
Menurut NASA, objek tersebut dijangka melalui titik terdekat dengan Matahari pada 30 Oktober ini, kira-kira 130 juta batu dari Bumi. Namun, laluan objek itu yang berbeza daripada kebiasaan menimbulkan pelbagai teori, termasuk kemungkinan ia sebuah kapal angkasa.

Profesor Harvard cetus spekulasi “mothership”
Profesor Avi Loeb dari Universiti Harvard mencetuskan perdebatan dengan pandangannya bahawa 3I/ATLAS mungkin bukan sekadar batu angkasa. Beliau berpendapat ketiadaan ekor debu (ciri biasa pada komet) boleh menjadi petunjuk kepada “reka bentuk teknologi”.
- Penjaga zoo berusia 59 tahun maut diserang sekumpulan singa
- Saintis terkejut, objek misteri menuju ke sistem suria kini bertukar warna
- Tokoh konservatif Amerika, Charlie Kirk, mati ditembak ketika berucap di Utah
“Objek sebegini boleh jadi datang untuk menyelamatkan kita atau memusnahkan kita. Kita perlu bersedia untuk kedua-duanya,” katanya.
Loeb berpendapat laluan objek itu kelihatan seperti gerakan taktikal untuk mengelak sistem cerapan Bumi, seolah-olah ia sengaja bersembunyi. Beliau pernah mencadangkan agar manusia menghantar mesej damai kepada entiti asing melalui gelombang radio, tetapi kemudian menarik balik cadangan itu kerana bimbang ia mungkin dianggap ancaman.

Ahli astronomi lain anggap teori Loeb mengarut
Ahli astronomi Universiti Oxford, Chris Lintott, menolak teori tersebut sebagai ‘tidak masuk akal’, sambil menegaskan ia menjejaskan kerja penyelidikan sebenar terhadap objek itu.
Setakat ini, NASA berpegang pada hipotesis bahawa 3I/ATLAS hanyalah sebuah komet, meskipun kelakuannya menimbulkan persoalan. Ia akan melintasi planet-planet lain termasuk Zuhrah, Marikh dan Musytari, sebelum kembali kelihatan di teleskop sekitar November atau Disember.
Sumber: Daily Express US