Syed Saddiq kumpul RM2 juta, hasil kolaborasi jenama untuk bantu rakyat Muar | The Reporter

Syed Saddiq kumpul RM2 juta, hasil kolaborasi jenama untuk bantu rakyat Muar

Seorang lelaki dan wanita bergambar bersama, memakai baju tradisional Melayu moden dengan senyuman.
Syed Saddiq kelihatan ceria ketika bergambar bersama Bella Astillah

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya mengumpul lebih RM2 juta sejak Disember lalu hasil kerjasama dengan pelbagai jenama, sekali gus disalurkan sepenuhnya untuk manfaat penduduk di kawasannya. Beliau menjangkakan jumlah itu boleh mencecah antara RM2.5 juta hingga RM3 juta menjelang hujung tahun.

Menurutnya, setiap tawaran sama ada sebagai duta produk atau penampilan khas tidak memberi keuntungan peribadi, sebaliknya 100 peratus bayaran disalurkan terus ke akaun rasmi Pusat Khidmat Parlimen Muar.

“Insya-Allah akan ada empat jenama lagi yang bakal berkolaborasi selepas ini dan saya jangkakan pada akhir tahun ini ia akan mencecah RM2.5 juta sehingga RM3 juta,” katanya memetik laporan mStar.

Baca juga:

Penampilan khas untuk kebajikan
Syed Saddiq bersama Bella Astillah di Thong Bowl – IOI City Mall Putrajaya

Mendedahkan salah satu sumbangan terbaharu, Syed Saddiq berkata bayaran sebanyak RM15,000 yang diterima ketika membuat penampilan khas di majlis pengumuman sijil halal restoran Thong Bowl turut digunakan untuk membantu mangsa ribut di Muar.

Katanya, langkah itu adalah cara terbaik memastikan setiap peluang yang diterima memberi manfaat terus kepada rakyat, terutama ketika ramai memerlukan bantuan segera.

Selesa bekerjasama dengan artis tempatan

Selain itu, beliau turut berasa senang bekerjasama dengan penyanyi dan pelakon Bella Astillah dalam beberapa acara yang melibatkan penajaan.

“Saya sangat selesa bekerja dengan Bella kerana kami sudah kenal bukan setahun atau dua tahun. Saya sudah anggap dia sebagai seorang wanita besi yang sangat bekerja keras,” jelasnya.

Sumber: mStar

Related Posts