RX-Z Member 7.0: Ini pesanan Polis Terengganu buat peserta | The Reporter

RX-Z Member 7.0: Ini pesanan Polis Terengganu buat peserta

RXZ Member 7.0 dijangka berlangsung pada 22-23 Ogos.
Gambar: Facebook RXZ Members- Official

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Terengganu memberi jaminan aspek keselamatan dan kelancaran lalu lintas terkawal sepanjang penganjuran program RX-Z Member 7.0 / 2025, yang dijangka menarik kehadiran lebih 100,000 penunggang motosikal RX-Z dari seluruh negara.

Ketua Polis Terengganu, YDH DCP Dato’ Mohd Khairi bin Khairudin, berkata sebanyak 600 pegawai dan anggota akan digerakkan ke lokasi strategik di sekitar Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, tempat berlangsungnya acara pada 22 hingga 23 Ogos ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Persiapan RX-Z Member 7.0 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu. Mesyuarat itu turut disertai ketua-ketua jabatan IPK Terengganu, ketua polis daerah, penganjur program, wakil agensi penguat kuasa serta pemilik stesen minyak bagi membincangkan aspek keselamatan, kawalan lalu lintas dan pematuhan undang-undang sepanjang acara berlangsung.

Mohd Khairi menegaskan, PDRM memberi fokus penuh untuk memastikan keselamatan awam terjamin selain kelancaran pergerakan trafik sepanjang program. Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan semua penunggang RX-Z supaya memastikan motosikal mereka diselenggara dengan baik sebelum memulakan perjalanan serta memiliki lesen memandu yang sah.

@pdrm_terengganu

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


SIDANG MEDIA KETUA POLIS TERENGGANU SEMPANA RXZ MEMBER 7.0 #PDRMTerengganu #rxzmember #PDRM #fyp #fypシ

♬ original sound – PDRM Kontinjen Terengganu •IPK – PDRM Kontinjen Terengganu •IPK
Baca juga:

Katanya, peserta juga diminta sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan peraturan lalu lintas, selain berwaspada terhadap penipuan membabitkan penginapan seperti homestay palsu. Pihak polis turut memberi peringatan agar tiada barang terlarang dibawa sepanjang program serta mengelakkan sebarang aktiviti mencurigakan.

Selain itu, penunggang diminta menjaga ketenteraman awam dengan tidak membuat bising di kawasan awam, manakala peserta beragama Islam diingatkan supaya tidak mengabaikan kewajipan solat.

“PDRM Kontinjen Terengganu komited memastikan RX-Z Member 7.0 berjalan dengan teratur, selamat dan memberi impak positif kepada negeri Terengganu,” katanya.

Related Posts