Seorang wanita meninggal dunia pagi semalam selepas tujuh hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tawau akibat dirempuh seorang pemandu lelaki yang disyaki di bawah pengaruh alkohol.
Mangsa, Darna Tajudin, 41, disahkan meninggal dunia pada jam 8.37 pagi akibat brain death.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.55 malam itu pada 9 Ogos lalu, mangsa berusia 41 tahun sedang berlari bersama rakan-rakannya dari Bandar Sri Indah menuju T2, Jalan Apas, sebelum dirempuh Toyota Hilux yang hilang kawalan.
Baca juga:
- Jemaah haji wanita Malaysia meninggal dunia di Makkah
- Insiden Platform Sepat: PETRONAS siasat punca kejadian
- Kerajaan rancang wujudkan surau Jumaat selesa di Bukit Bintang
Memetik laporan Sabah Dimensi, Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, siasatan awal mendapati pemandu Toyota Hilux berusia 57 tahun itu melanggar bahagian belakang Perodua Alza yang dipandu lelaki berusia 39 tahun di lokasi kejadian.
“Akibat pelanggaran itu, Toyota Hilux terbabas ke kiri jalan lalu melanggar mangsa yang sedang berlari,mangsa mengalami kecederaan parah dan kini dalam keadaan kritikal, manakala kedua-dua pemandu kenderaan tidak cedera,” katanya.
Beliau berkata, ujian awal mendapati pemandu Toyota Hilux memandu di bawah pengaruh alkohol dan telah ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Di media sosial, pemergian Darna turut mengundang rasa pilu ahli keluarga dan rakan-rakan yang menyifatkannya sebagai seorang insan berhati mulia








