Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah berasrama bukan lagi sekadar cadangan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini mengorak langkah tegas dengan meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta, sekaligus menghantar isyarat jelas bahawa keselamatan pelajar adalah prioriti mutlak.
Langkah ini dilaksanakan serta-merta melibatkan sekolah berasrama terpilih dan akan diperluas ke seluruh negara secara berperingkat. Ia bukan hanya tentang memasang kamera, tetapi membina semula keyakinan ibu bapa terhadap sistem asrama yang selamat dan terkawal.
Baca juga:
- JAWI bantah penganjuran pesta air di Kuala Lumpur
- GSF 2.0 dipintas: SNCC sahkan 10 rakyat Malaysia ditahan
- Kanak-kanak jatuh longkang ditemukan, 10 km dari lokasi kejadian
Usaha sistematik tangani risiko, bukan respons sementara
KPM menegaskan, inisiatif ini adalah sebahagian daripada pendekatan menyeluruh untuk memperkukuh pemantauan dan mengelak insiden tidak diingini.
Menurut kenyataan rasmi di Facebook semalam, kementerian mahu mewujudkan ekosistem sekolah yang lebih kondusif dan bebas daripada sebarang bentuk ancaman.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd Azam Ahmad turut menyuarakan keperluan menambah baik ciri keselamatan di asrama, termasuk pemasangan CCTV sebagai usaha mengekang gejala buli, satu isu yang saban tahun menimbulkan keresahan.
Petanda positif, tapi perlukan ketelusan pelaksanaan
Walaupun peruntukan RM3 juta ini dilihat sebagai langkah permulaan positif, pelaksanaannya perlu dipastikan menyeluruh dan telus. Persoalan seperti lokasi pemasangan, akses kepada rakaman, serta keberkesanan pemantauan harus diberi perhatian agar inisiatif ini tidak menjadi projek semata-mata tanpa impak sebenar.








