Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu memerintahkan suami kepada pengasas produk kecantikan Dnars, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 48, supaya mendepositkan wang tunai milik Allahyarham isterinya, Faziani Rohban Ahmad, ke dalam akaun pentadbir bersama harta pusaka Allahyarham.
Akaun tersebut dimiliki bersama oleh Ahmad Shah Rizal dan anak sulung Allahyarham, Aqbar Hakim Jasman, 25.
Hakim Zaini Sulaiman membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan ahli waris Allahyarham, dengan tempoh 30 hari diberikan untuk Ahmad Shah Rizal mematuhi arahan tersebut.
“Wang tunai milik Allahyarham yang diambil oleh plaintif daripada peti besi sebelum ini dan kini berada dalam milikan plaintif secara peribadi perlu didepositkan ke akaun pentadbir bersama harta pusaka Allahyarham sebelum mahkamah memutuskan tuntutan harta sepencarian,” katanya.
Keluarga Allahyarham diwakili peguam Shaharuddin Mohamed dan Naimah Saupi, manakala Ahmad Shah Rizal diwakili peguam Mohd Firdaus Mohd Tamrin dan Ismail Mohd.
Baca juga:
- Kakitangan SESB dihanyut arus deras, ditemui meninggal dunia
- Dua beranak maut dalam kereta, lemas terhidu gas karbon monoksida
- Langkawi penuh sempena cuti Hari Malaysia, nafi dakwaan pelancong merosot 39%
Boleh dikenakan prosiding komital
Menurut Shaharuddin, sekiranya Ahmad Shah Rizal gagal mematuhi perintah, beliau boleh dikenakan prosiding komital.
Sebelum ini, Ahmad Shah Rizal memfailkan tuntutan harta sepencarian di mahkamah yang antara lain melibatkan wang tunai RM1.3 juta dalam peti besi yang telah diambil olehnya.
Dalam pada itu, anak perempuan kepadan Allahyarhamah Faziani, Irdina menyerahkan semuanya kepada sistem keadilan.
“Masa berlalu dan Allah tak pernah tidur. Apa yang ditakdirkan untukmu maka tetap untukmu apa yang tidak harus kau ikhlaskan kembalikan. Jangan makan harta yang bukan hak kita jika tidak ia menjerat diri sendiri.
“Tapi ini bukan tentang harta ini tentang hak dan adil. Sekian ini sahaja, lebih banyak kehadapan saya dan adik-beradik serahkan kepada yang lebih Arif,” katanya dalam hantaran di Instagram.
Sumber: Harian Metro