Wanita bersenjata pisau ditahan selepas cetus kekecohan di Kajang | The Reporter

Wanita bersenjata pisau ditahan selepas cetus kekecohan di Kajang

Wanita berbaju belang putih ditahan polis di Kajang.
Wanita bersenjatakan pisau ditahan di Kajang. | Kredit gambar: Orang Awam

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang wanita bersenjatakan pisau ditahan orang awam selepas dipercayai mencetuskan kekecohan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Metro Point Complex di Kajang, hari ini.

Dalam kejadian itu, suspek yang memandu sebuah kereta dilaporkan melanggar sebuah motosikal sebelum keluar daripada kenderaan dan menyerang beberapa individu yang cuba menenangkannya.

Suspek turut dilihat cuba menikam beberapa orang dan sempat mencederakan seorang penunggang motosikal.

Selepas insiden itu, suspek melarikan diri ke dalam pusat beli-belah sambil memegang pisau, menyebabkan panik dalam kalangan orang awam di kawasan berkenaan.

Baca juga:

Pisau yang berjaya dirampas daripada suspek | Kredit gambar: Orang Awam

Bagaimanapun, suspek berjaya ditahan oleh dua orang awam yang kemudian turut merampas senjata yang dipegangnya sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Punca sebenar kejadian masih belum diketahui. Rakaman video insiden berkenaan yang tular di media sosial mengundang pelbagai reaksi netizen, termasuk pujian terhadap keberanian individu yang membantu menahan suspek.

Related Posts