'Dah viral, protes baru tukar pengetua, warden' – Syed Saddiq kritik kelewatan siasatan kes Zara Qairina | The Reporter

‘Dah viral, protes baru tukar pengetua, warden’ – Syed Saddiq kritik kelewatan siasatan kes Zara Qairina

Syed Saddiq berucap di Parlimen dengan gambar inset Allahyarham Zara Qairina.
Syed Saddiq persoal kelewatan siasatan kes kematian Zara Qairina di SMKA Tun Datuk Mustapha, Papar.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mempersoalkan kelewatan pihak berkuasa bertindak dalam kes kematian pelajar SMKA Tun Datuk Mustapha, Zara Qairina Mahathir, 13, yang ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai lalu.

“Dah viral, dah ada protes, baru ada keberanian nak tukar pengetua, warden dan polis penyiasat serta buat bedah siasat,” katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat, hari ini.

Pertikai tindakan lambat kes Zara Qairina

Beliau turut mempersoalkan mengapa tindakan hanya diambil selepas dua hingga tiga minggu kejadian berlaku.

“Kita lihat kes adik Zara, persoalan saya kenapa lambat sangat, perlu tunggu dua tiga minggu baru nak ambil tindakan.

Baca juga:

“Bayangkan ibu bapa yang nak hantar anak ke sekolah berasrama penuh (SBP), mereka tentu bimbang anak dibuli, malah puluhan lagi kes buli di luar sana berlaku, cuma tak dapat liputan meluas, bagaimana nasib mereka?

“Cukup-cukuplah kita reaktif hanya bila ada liputan media meluas, ada kematian, ada protes besar-besaran, realitinya ramai mangsa buli berdiam diri, tak sampai tahap sehingga membawa kematian tapi impaknya kepada maruah mereka berkekalan berpuluh-puluh tahun dan beri impak kepada pembangunan sahsiah diri,” katanya.

Buli sekolah semakin sistemik dan ganas

Syed Saddiq berkata, gejala buli kini semakin sistemik, melibatkan warden yang culas, pengetua yang menutup mata demi menjaga imej sekolah dan rakan pelajar yang menghalalkan perbuatan itu atas alasan budaya senior.

Berdasarkan data, kes buli di sekolah meningkat 20 kali ganda dari 2021 hingga 2024, manakala kes keganasan fizikal melonjak lebih 77 kali ganda dari 2015 hingga 2023.

Beliau turut memberi amaran bahawa persepsi negatif terhadap sekolah kebangsaan semakin meluas, menyebabkan ibu bapa daripada golongan M40 sanggup berbelanja besar menghantar anak ke sekolah swasta atau antarabangsa walaupun berpendapatan sederhana. Katanya, tindakan drastik perlu diambil supaya sekolah kebangsaan kekal menjadi pilihan utama rakyat.

Sumber: Harian Metro

Related Posts