Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kemelut antara pelakon Anna Jobling dan ibunya, Ariz Arop, terus panas apabila Ariz mendakwa dirinya dikunci dalam kereta hingga panik, pening dan menggigil ketika kejadian awal pagi Isnin lalu.
Bercerita menerusi siaran langsung di media sosial, Ariz berkata insiden itu berlaku selepas Anna keluar bersama seorang peguam yang berada di lokasi.
“Saya cuba buka tak boleh. Saya cuba tekan butang buka pun tak boleh. Saya tiba-tiba jadi panik, kepala dah pening, menggigil dan tak tahu nak buat apa,” katanya.
Menurut Ariz, sebelum itu mereka berdua bergaduh dalam kereta sebelum dia meminta untuk melelapkan mata sekejap.
Baca juga:
- Isu gelaran juara, Zaha Spring pertahan kenyataan Ameng
- Dari gurauan jadi kenyataan, lelaki sahut cabaran TokTi joging 8KM
- Ameng nafi dakwaan tuju istilah ‘juara tak ke mana’ pada individu
“Bila dah bergaduh dalam kereta, apabila sudah tenang saya cakap nak lelap sekejap. Dia terus jadi bad mood. Dia nak saya keluar daripada kereta. Saya rasa kecil hati,” ujarnya.
Ariz turut memuat naik video memaparkan Anna di luar kenderaan dipercayai selepas peguam mengambil kad akses milik anaknya itu.
“Elok je keluar, lepas itu kunci mak dalam kereta. Ada dengar orang menjerit macam trauma histeria ke? Tiada,” tulisnya di media sosial.

‘Macam anjing kurap dah’
Dalam hantaran berasingan sebelum ini, Ariz meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa Anna berubah sikap selepas meraih populariti.
“Takpelah, dulu sebelum dia popular saya ada cakap jangan lupa diri. Walaupun dia beri duit, tak bermakna boleh layan saya sebegini… macam anjing kurap dah,” katanya.
Dia turut mendedahkan pernah berkorban besar demi membesarkan Anna.
“Saya bergolok bergadai jual kereta dan barang kemas untuk besarkan dia. Jadi supir (pemandu) bawa dia ke sana sini tanpa gaji, cuma nak anak kita senang.
“Bila dah senang, harapkan kebaikan seorang anak, tapi macam ni dia buat? Banyak bergaduh dengan dia tapi terasa hinanya bila dia boleh panggil peguam keluarkan saya dari kereta, macam saya nak bunuh dia,” ujarnya.
Sebelum ini, Ariz berkata dia pernah menerima perintah injunksi pada Disember tahun lalu yang hanya membenarkan mereka berjumpa dalam jarak 100 meter, namun dibatalkan selepas perbincangan antara peguam kedua-dua pihak.
Baca juga:
- Sanusi tegas tolak Langkawi jadi Wilayah Persekutuan
- Gara-Gara hutang, pelajar 13 Tahun cedera dipukul sekumpulan remaja di Pekan
- ‘Cadangan kembalikan Dara, Amoi, Kelat wajar dipertimbangkan dengan serius’ – Arthur
Peguam nafi dakwaan Ariz

Bagaimanapun, peguam Anna, Wan Nurliyana Abdul Rahman, menafikan dakwaan ibu pelakon itu.
“Tiada sesiapa pun yang dikeluarkan daripada kereta. Dia (Ariz) tidak disentuh atau dikeluarkan seperti yang didakwa, hanya kad akses milik Anna diambil dari kereta,” jelasnya.
Nurliyana berkata, kereta tersebut tidak berkunci dan boleh dibuka dari bahagian dalam, namun Ariz tetap enggan keluar walaupun pintu sudah dibuka. Rakaman kejadian itu dipercayai dibuat oleh Anna dari kereta lain.
Sumber: mStar











