Sebelum ini tular peniaga TikTok yang dikenali sebagai Kakak Naga mempromosikan mainan yang unik dan kreatif. Difahamkan, sejak tular, peniaga berkenaan memperoleh pendapatan sehingga RM5,000 sehari.
Seorang lagi peniaga di TikTok mencuri perhatian ramai apabila memilih gaya promosi yang cukup unik dan menghiburkan dengan menjual pelbagai barangan termasuk “selimut legend” sambil berbaring!
Dalam sesi siaran langsung (live) di platform itu, peniaga berkenaan yang dikenali sebagai Izzat the nice dilihat tidak kekok mempromosikan produk dengan gaya santai seolah-olah sedang berehat di rumah. Lebih mencuri tumpuan, seekor kucing comel setia menemani di sisinya sepanjang sesi jualan berlangsung.
Baca juga:
- Tembakan ke arah lembu korban tular: Tindakan elak risiko, kata MB Perlis
- FINAS sahkan penamatan tayangan filem Konspirasi atas permintaan penerbit
- Video tular: Polis siasat dakwaan MB Perlis tembak lembu
Aksi bersahaja itu bukan sahaja membuat penonton terhibur, malah ramai memuji kreativiti peniaga tersebut yang berjaya menarik perhatian tanpa perlu menggunakan teknik pemasaran atau konten yang berlebihan.
“Saya suka usaha dia yang kreatif jual barang. Random punya idea,” komen seorang netizen.
Selain selimut yang dikatakan “legend” dan sering menjadi pilihan pelanggan setia, peniaga itu turut menawarkan pelbagai barangan lain. Gaya promosi santai bercampur dengan gelagat kucing peliharaannya menjadikan setiap siaran live lebih mesra penonton.








