'Ramai ketawakan aku' - Kieda Crepe kecewa dikecam netizen selepas gagal jualan di N9 | The Reporter

‘Ramai ketawakan aku’ – Kieda Crepe kecewa dikecam netizen selepas gagal jualan di N9

Seorang wanita berhijab dan seorang lelaki berbaju hitam berpelukan sambil tersenyum ke arah kamera di kawasan parkir yang dipenuhi orang ramai.
Kieda Crepe bersama suaminya. | Kredit gambar: Instagram Kieda Crepe

Usahawan Kieda Crepe mendedahkan beliau terpaksa menutup ruangan komen di media sosial selepas dihujani pelbagai kata-kata negatif susulan kegagalan jualan di Negeri Sembilan, kelmarin.

“Saat aku gagal di Negeri Sembilan semalam, ramai yang masuk ketawakan aku. Fake akaun atau real akaun berlumba-lumba ketawakan aku. ‘Padan muka’, ‘Boikot berjaya’, ‘Kami support kami ja’… macam-macam komen dilontarkan di ruangan TikTok,” tulisnya di Instagram semalam.

Kieda berkata, beliau terpaksa menutup ruang komen demi menjaga kesihatan mental dan mengelak daripada terus membaca kecaman.

“Sampai Kieda tutup komen sebab nak jaga mental health dan tak nak layan komen-komen negatif tu. Sebab Kieda keep going dengan positif vibes yang Allah bagi semalam,” katanya.

Baca juga:

Sambutan luar jangka di Lotus Ampang

Tidak berputus asa, Kieda kemudian berpindah lokasi ke Lotus Ampang, Kuala Lumpur, pada saat akhir. Tanpa sebarang promosi awal, orang ramai mula beratur seawal jam 2 petang dan barisan hanya bersurai pada 11.30 malam.

“Produk Kieda, dari 2,000 set yang dibawa… tepat jam 2.25 pagi, habis semua crepe. Lori 10 tan yang membawa makanan kami pulang dengan box kosong,” kongsinya.

Kieda meluahkan rasa syukur kepada pelanggan yang sanggup datang dari Seremban, Melaka, Selangor dan sekitar Kuala Lumpur demi memberikan sokongan.

“Kun Fa Ya Kun. Tiada yang mustahil jika kita berusaha,” tulisnya sambil memohon maaf jika ada kekurangan sepanjang acara berlangsung.

Sumber: Instagram Kieda Crepe

Related Posts