'Team Building tak berfaedah, tempat suami isteri orang menggatal' - TikToker | The Reporter

‘Team Building tak berfaedah, tempat suami isteri orang menggatal’ – TikToker

Sekumpulan pekerja pejabat sedang menyertai program team building di tepi pantai dalam suasana santai dan mesra.
Suasana ceria team building di tepi pantai, namun video tular di TikTok mendakwa program seperti ini hanya menjadi ruang untuk suami isteri orang ‘menggatal’. | Gmabar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Program team building sering dianggap sebagai salah satu inisiatif penting dalam sesebuah organisasi untuk membina semangat kerja berpasukan, mengukuhkan komunikasi, serta mewujudkan kepercayaan antara rakan sekerja.

Ia biasanya dianjurkan di luar waktu bekerja, dengan harapan dapat mencipta suasana lebih mesra dan produktif dalam kalangan kakitangan.

Baca juga:

Namun begitu, tidak semua bersetuju dengan pendekatan ini.

Sebuah video TikTok yang tular baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila menyindir program team building sebagai ‘tidak berfaedah’ dan mendakwa ia menjadi ruang kepada pekerja yang sudah berkahwin untuk ‘menggatal’.

Klip tersebut turut menyelar penganjuran program pada hujung minggu yang disifatkan membebankan, tidak memberi manfaat kepada syarikat dan sekadar membazir masa.

@planktontree

Sape setuju? Orang hujung minggu nak rehat. Di buatnya pulak teambuilding sampah sarap hahaha. #teambuilding #rant

♬ original sound – NYES | Fashion
Ramai anggap membazir masa dan wang syarikat

Tinjauan terhadap reaksi netizen mendapati ramai berkongsi rasa kurang senang terhadap penganjuran program team building, terutama apabila aktiviti tersebut dianggap tidak selari dengan keperluan kerja sebenar. Ada yang menganggap ia sekadar acara ‘syok sendiri’ yang tidak membawa perubahan ketara terhadap prestasi atau kerjasama dalam organisasi.

Antara komen-komen netizen yang bersetuju dengan dakwaan tersebut | Kredit gambar: TikToker Planktontree

Beberapa pengalaman negatif turut diluahkan, antaranya tekanan kepada staf introvert, perbelanjaan yang tinggi tanpa pulangan yang setimpal, serta ketidakselesaan berkongsi bilik atau menyertai aktiviti luar yang tidak diminati. Malah, terdapat kebimbangan berkenaan batas pergaulan dalam kalangan staf sepanjang program berlangsung, yang menurut mereka wajar dikawal secara lebih serius.

Ada juga pertahankan manfaat sebenar team building

Sebaliknya, terdapat juga kumpulan netizen yang mempertahankan manfaat program team building. Mereka berpendapat, jika dilaksanakan dengan objektif yang jelas, ia mampu menjadi platform positif untuk memperkukuh hubungan antara jabatan, mengenali polisi organisasi dan membina keyakinan staf terutama dalam kalangan pekerja baharu.

Antara komen-komen netizen yang tidak bersetuju dengan dakwaan tersebut | Kredit gambar: TikToker Planktontree

Mereka menegaskan, isu ketidakselesaan atau gangguan sosial bukan berpunca daripada program itu sendiri, sebaliknya bergantung kepada sikap individu serta ketegasan organisasi dalam mengawal perlakuan yang tidak profesional.

Sumber: TikTok @planktontree

Related Posts