Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pihak berkuasa pendidikan Sabah tampil menafikan dakwaan liar netizen yang mengaitkan tiga pelajar dalam kes kematian Zara Qairina Mahathir sebagai anak orang kenamaan.
Tiga pelajar sekolah menengah agama di Papar yang dikaitkan dalam kes tragis kematian Zara Qairina disahkan masih bersekolah seperti biasa dan tidak mempunyai sebarang pertalian dengan mana-mana individu berpengaruh.
Perkara itu disahkan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin, susulan dakwaan tular bahawa ketiga-tiga pelajar terbabit dilindungi kerana dikatakan anak kepada VIP atau ahli politik.
Baca juga:
- JAWI bantah penganjuran pesta air di Kuala Lumpur
- GSF 2.0 dipintas: SNCC sahkan 10 rakyat Malaysia ditahan
- Kanak-kanak jatuh longkang ditemukan, 10 km dari lokasi kejadian
“Semua pelajar itu masih bersekolah, tiada yang berhenti sekolah. Juga tiada kaitan dengan orang kenamaan (VIP) dan pihak polis,” kata Raisin.
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah turut menegaskan bahawa mereka menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak polis dan akan menunggu hasil rasmi siasatan.
Tular nama ‘Kak Wana’, ‘Kak Dedeng’ dan ‘Tomboi’ – Netizen terus mendesak keadilan
Ketiga-tiga pelajar yang dipanggil pihak polis merupakan antara lebih 60 individu yang telah dirakam keterangan setakat ini.
Nama-nama seperti ‘Kak Wana’, ‘Kak Dedeng’ dan ‘Tomboi’ menjadi perhatian awam selepas tular di media sosial dan dikaitkan dengan insiden kematian pelajar Tingkatan 1, Zara Qairina, yang jatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sekolah tersebut pada 17 Julai lalu.
Insiden itu menimbulkan kemarahan orang ramai apabila dakwaan berkait unsur buli mula timbul, sehingga waris mangsa memohon supaya inkues dijalankan dan kubur arwah digali semula bagi proses bedah siasat.
Sumber: Sinar Harian








