Mangsa dilaporkan hilang sejak 24 Julai, mayat ditemui di Rompin
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di Taman Bukit Indah, Johor Bahru pada 24 Julai lalu, ditemui ditanam di kawasan semak di Rompin, Jempol, Negeri Sembilan petang Isnin, 28 Julai 2025.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, mengesahkan penemuan itu susulan penahanan seorang lelaki berusia 36 tahun yang merupakan bapa kepada mangsa.
“Mayat kanak-kanak ditemui kira-kira jam 4.30 petang hasil maklumat suspek yang ditahan oleh polis Kontinjen Johor,” katanya.
Siasatan awal mendapati kes disiasat sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Baca juga:
- Jemaah haji wanita Malaysia meninggal dunia di Makkah
- Insiden Platform Sepat: PETRONAS siasat punca kejadian
- Kerajaan rancang wujudkan surau Jumaat selesa di Bukit Bintang
Dilaporkan hilang oleh bapa sendiri, kini jadi suspek utama

Sebelum ini, media melaporkan mangsa, M Tishant, dilaporkan hilang oleh bapanya sendiri pada jam 2.15 pagi, 24 Julai lalu di Balai Polis Iskandar Puteri. Namun siasatan mendapati kejadian sebenar dipercayai berlaku di Johor sebelum mayat ditanam di Negeri Sembilan.
Mayat kini dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. Kes turut disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 sewaktu mangsa masih diklasifikasikan sebagai orang hilang.
Sumber: Harian Metro








