Rakyat marah harga barang naik, nilai ringgit merosot - Muhyiddin gesa Anwar letak jawatan | The Reporter

Rakyat marah harga barang naik, nilai ringgit merosot – Muhyiddin gesa Anwar letak jawatan

Muhyiddin Yassin berucap di Himpunan Turun Anwar sambil mengangkat tangan.
Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan ucapan pada Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka. | Kredit gambar: FB Tan Sri Muhyiddin Yassin

Ekonomi rakyat makin tenat, dakwa bekas PM

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa kemerosotan ekonomi negara kini dirasai secara langsung oleh rakyat apabila pendapatan tidak meningkat, nilai ringgit terus jatuh dan harga barang keperluan pula melambung naik.

Katanya, keadaan itu berpunca daripada kegagalan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mengurus tadbir ekonomi negara dengan berkesan.

Baca juga:

“Saya turun beli barang, saya tahu rakyat mengeluh”

Dalam ucapannya ketika Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka semalam, Muhyiddin berkata beliau turut merasai tekanan kenaikan harga barangan apabila turun ke lapangan dan membeli sendiri keperluan harian.

“Harga sekarang jauh lebih mahal berbanding dahulu, kenapa jadi begitu? Kerana kerajaan tidak prihatin,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan kegagalan kerajaan mengambil tindakan tegas dalam mengawal harga, sedangkan kerajaan memiliki kuasa dan undang-undang berkenaan.

Kredit gambar: FB Tan Sri Muhyiddin Yassin

“Semuanya naik, rakyat marah”

Muhyiddin mendakwa ada pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan menyorok barangan, menyebabkan harga terus melonjak tanpa kawalan.

“Kita lihat sendiri, harga gula naik, tepung naik, susu naik, ikan pun naik. Rakyat marah, sebab itu kita jerit hari ini ‘Turun Anwar’,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts