Anwar perlu kekal PM hingga tamat penggal demi kestabilan ekonomi - Rafizi | The Reporter

Anwar perlu kekal PM hingga tamat penggal demi kestabilan ekonomi – Rafizi

Rafizi Ramli bercakap di podium sambil Anwar Ibrahim ditampilkan dalam bulatan dengan isyarat bagus.
Rafizi Ramli menyatakan sokongan agar Anwar Ibrahim kekal sebagai Perdana Menteri hingga tamat penggal demi kestabilan ekonomi negara.

Risiko tarif AS, unjuran pertumbuhan ASEAN menurun

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Datuk Seri Rafizi Ramli menegaska Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu terus memegang jawatan Perdana Menteri sehingga tamat penggal bagi menjamin kestabilan negara dalam menghadapi cabaran ekonomi serantau.

Menurut bekas Menteri Ekonomi itu, langkah balas tarif yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke atas beberapa negara ASEAN dijangka memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi rantau ini, termasuk Malaysia.

“Unjuran terkini menunjukkan lima negara ASEAN mungkin mengalami penguncupan pertumbuhan sebanyak dua hingga tiga peratus. Kalau pertumbuhan kita jatuh bawah tiga peratus, memang naya,” katanya dalam podcast Yang Berhenti Menteri, Jumaat lalu.

Teguran sebagai backbencher, bukan musuh parti

Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden PKR menegaskan walaupun tidak lagi memegang jawatan menteri, beliau akan terus menjalankan tanggungjawab sebagai ahli Parlimen kerajaan dengan menegur sebarang dasar yang dilihat tidak berkualiti.

“Saya bukan nak jatuhkan kerajaan atau tak suka Anwar. Itu memang kerja ahli Parlimen. Cuma saya harap dalam PKR, bila ditegur, janganlah melenting. Kalau betul, terima sajalah,” ujarnya.

Beliau turut menarik perhatian apabila kerap mengkritik kepimpinan PKR secara terbuka, namun tidak pernah menujukan kritikan secara langsung kepada Perdana Menteri sendiri.

Pada hari sama, Anwar mengesahkan beliau tidak akan mengambil tindakan terhadap ahli Parlimen PKR yang menyuarakan pandangan berbeza.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts