Bella kena sindir depan 13K penonton, peminat desak individu terbabit minta maaf | The Reporter

Bella kena sindir depan 13K penonton, peminat desak individu terbabit minta maaf

Bella Astillah, Syed Saddiq dan tetamu lain duduk semeja menikmati hidangan di majlis rasmi sambil dilayan oleh pelayan restoran.
Tenang di meja majlis walau disindir dalam live – Bella terus kekal profesional di sebalik kontroversi.

Sindiran terhadap Bella cetus kecaman

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Insiden tular membabitkan Bella Astillah ketika menghadiri acara anjuran Inayah Beauty semalam mencetuskan kemarahan ramai, khususnya peminat setia beliau.

Dalam rakaman siaran langsung TikTok yang kini tersebar, seorang wanita yang juga figura dalam industri hiburan dilihat menyindir peminat yang ingin melihat “BASS” (singkatan popular merujuk kepada gandingan Bella Astillah dan Syed Saddiq) sambil mempersoalkan pemilihan pakaian Bella.

@amirah1brahim

Replying to @anilaz02 Bukan nak memburukkan keadaan hope @Inayah Beauty Sdn. Bhd. Boleh tunjuk sikit sape yg mencelah masa live ni. Dah masuk live owner dia yg x beradab . Padahal yg live pgg fon PN dini dr awal elok je senyap. #fypシ゚viral #fypシ゚viral #inayahbeauty #BellaAstillah #SyedSaddiq #live #viral #viralvideo #adabkatkatmana #foryou #foryou

♬ original sound – اميراه ابراهـيم – اميراه ابراهـيم

“Alihkan nak tengok BASS? Amboi korang. Tengok BASS haa! Tengok BASS, nak tengok sangat.

“BASS korang salah pakai baju. Orang suruh pakai putih, dia pakai biru. Tak faham aku,” katanya.

Sindiran itu disampaikan secara terbuka dalam siaran langsung yang ditonton lebih 13,000 orang dan dianggap tidak wajar serta memalukan oleh ramai penonton.

Baca juga:

Peminat pertahan Bella, dakwa tindakan biadab dan berbaur peribadi

Peminat Bella tampil mempertahankan penyanyi itu dan mendesak agar individu terbabit memohon maaf secara terbuka. Ramai menyifatkan tindakan menyindir secara langsung itu sebagai tidak profesional, berbaur peribadi dan merendahkan imej Bella di hadapan khalayak.

“Nama Bella langsung tak disebut, tapi semangat sangat nak kutuk pakaian dia. Kalau bukan sebab Bella, takkan 13,000 orang tengok live tu.”

Netizen juga meluahkan rasa kesal apabila selebriti lain diberi penghargaan sewajarnya dalam siaran tersebut, manakala Bella yang turut dijemput bukan sahaja tidak diperkenalkan, malah menjadi sasaran sindiran terbuka.

‘Kasar bahasa tu’

‘Nampak sangat tak suka Bella’

‘Viewer mencanak sebab BASS’

Inayah tampil beri penjelasan, tegaskan individu bukan kakitangan

Beberapa jam selepas insiden itu tular, pihak Inayah Beauty tampil menjelaskan bahawa individu yang mengeluarkan kenyataan berkenaan bukanlah kakitangan atau wakil rasmi syarikat, sebaliknya hanya tetamu jemputan yang terlibat dalam acara tersebut.

Mereka turut menegaskan bahawa Bella telah bersama jenama itu selama empat tahun dan kekal sebagai salah satu wajah penting Inayah Beauty, sambil menyeru agar orang ramai tidak memboikot jenama berkenaan.

Sumber: TikTok Dini Latifi, Amirah Ibrahim

Related Posts