Pempengaruh permotoran 'hilang' rupanya larikan diri ke negara jiran – Polis | The Reporter

Pempengaruh permotoran ‘hilang’ rupanya larikan diri ke negara jiran – Polis

Gambar menunjukkan pasukan penyelam menemui kereta tenggelam di sungai, dipercayai milik pempengaruh permotoran yang dilaporkan 'hilang'.
Kereta pempengaruh ditemui tenggelam – rupanya satu helah larikan diri ke negara jiran.

Adik mengaku bersubahat

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Misteri kehilangan pempengaruh permotoran Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, akhirnya terbongkar apabila dia sebenarnya melarikan diri ke negara jiran dan bukan hilang seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz memaklumkan, siasatan polis mendapati adik lelaki mangsa yang berusia 30 tahun telah membuat laporan palsu kononnya abangnya hilang semasa dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Muar untuk membaiki kereta.

“Hasil soal siasat, adik mangsa mengaku bersubahat dengan abang kandungnya dan berpura-pura menjalankan operasi mencari bagi mengelirukan siasatan polis. Polis percaya kejadian ini direka untuk kepentingan peribadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:

Kereta ditenggelamkan di sungai, plot palsu terbongkar

Siasatan turut mendedahkan Tengku Nizaruddin dipercayai sengaja menenggelamkan kereta Perodua Axia milik isterinya di Sungai Tui, Lenga, Bukit Kepong sebelum melarikan diri ke negara jiran.

Kes disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu dan Seksyen 109 kerana bersubahat.

15 Julai lalu media melaporkan pempengaruh dikenali sebagai Ija Nizaruddin dikhuatiri lemas selepas keretanya ditemui terbabas ke dalam sungai di Kampung Tui, Pagoh.

Mangsa dilaporkan keluar dari rumahnya di Johor Bahru pada jam 12 tengah hari sebelum ‘hilang’ secara misteri.

Sumber: Kosmo! Online

Related Posts