Bermula pada tahun depan, penubuhan Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) khas bagi kanak-kanak autisme di seluruh negara akan dilaksanakan.
Pelaksanan projek ini susulan kejayaan yang dijalankan di Melaka.
Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang berkata, 14 negeri secara serentak akan diwujudkan tabika khas sebagai permulaan.
Inisiatif ini dilaksanakan bagi memastikan anak-anak tidak terpinggir dari sistem pendidikan negara apatah lagi keperluan untuk golongan berkenaan semakin tinggi terutamanya di kawasan luar bandar.
Baca juga:
- LRT3 Shah Alam: Sultan Selangor zahir penghargaan kepada Najib dan Anwar
- Hilang sebelah kaki bukan penghalang, dua beradik gigih usahakan Cendol Meleleh
- ‘Dulu BN buat, dilabel macam-macam, sekarang tukar nama je’ – Wee Ka Siong
“Sebelum ini ramai ibu bapa terpaksa meletakkan anak-anak autism di rumah atau menghantar ke pusat swasta yang mahal.
“Tetapi isu kita masyarakat luar bandar yang tak ada kemampuan untuk meletakkan ataupun menghantar anak-anak yang ke sekolah berkenaan.
“Sebab itulah KEMAS sebagai salah satu agen perubahan masyarakat di luar bandar telah bersetuju untuk kita laksanakan program sekolah khas KEMAS yang mana kita bermula di Melaka dan insya ALLAH tahun depan kita akan kembangkan di seluruh negeri,” katanya.
Tambahnya, tabika tersebut akan dikendalikan oleh tenaga pengajar terlatih yang telah menjalani latihan khas di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Sumber: Sinar Harian








