Penjawat awam dilarang buat kenyataan umum tanpa kebenaran | The Reporter

Penjawat awam dilarang buat kenyataan umum tanpa kebenaran

Penjawat awam dilarang membuat kenyataan umum tanpa kebenaran
Tindakan tatatertib boleh dikenakan sekiranya penjawat awam didapati bersalah. Gambar: Utusan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberikan amaran kepada mana-mana penjawat awam daripada mengeluarkan sebarang kenyataan, ulasan atau penjelasan berhubung dasar, rancangan atau keputusan kerajaan secara lisan, bertulis atau menerusi platform media sosial tanpa kebenaran.

Dalam satu surat edaran bertarikh 19 Jun 2025 yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, JPA merujuk subperaturan 19(1) dan 19(2) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993] yang memperincikan larangan terhadap pegawai awam.

https://twitter.com/jpagov/status/1935572012262674880

JPA turut menyatakan kebimbangan berikutan masih terdapat kes pelanggaran tatatertib oleh penjawat awam yang mengkritik dasar kerajaan, menyebarkan kenyataan berunsur hasutan serta maklumat palsu dan sulit melalui media sosial.

“Sekiranya pegawai didapati melakukan kesalahan ini, mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib sehingga dibuang kerja,” tegas kenyataan itu.

Susulan itu, semua ketua jabatan diminta untuk menasihati pegawai masing-masing agar berhemah dalam mengeluarkan kenyataan awam dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak disahkan kesahihannya.

JPA turut menekankan bahawa media sosial merupakan platform yang sangat berpengaruh dalam penyampaian maklumat, justeru agensi kerajaan perlu memastikan maklumat yang disampaikan adalah tepat, telus dan tidak mengelirukan rakyat.

Related Posts