Banglo mewah milik Sajat dilelong kali kelima, harga terkini RM3.41 Juta | The Reporter

Banglo mewah milik Sajat dilelong kali kelima, harga terkini RM3.41 Juta

Gambar banglo dua tingkat milik Nur Sajat yang terletak di Selangor Polo & Country Club, kini dilelong.
Banglo mewah milik Nur Sajat kini dilelong pada harga RM3.41 juta. Gambar: FB Ishaq Marazi

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sebuah banglo dua tingkat milik usahawan kontroversi, Nur Sajat, sekali lagi bakal dilelong selepas gagal dijual dalam beberapa sesi lelongan sebelum ini.

Terletak di Selangor Polo & Country Club, Seksyen 10, Petaling Jaya, kediaman mewah itu kini ditawarkan pada harga RM3.411 juta, menjadikannya harga terendah setakat ini.

Perkara itu dikongsi oleh ejen hartanah, Ishaq Marazi, menerusi media sosial.

“Rumah milik Nur Sajat akan dilelong lagi. Lelongan pertama bermula pada RM5.2 juta. Kali ini harganya turun kepada RM3.411 juta, paling murah setakat ini,” katanya.

Difahamkan, selepas berhijrah ke Australia, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman pernah meletakkan harga jualan mencecah lebih RM9 juta untuk kediaman tersebut.

Banglo berkenaan berkeluasan 7,000 kaki persegi dengan keluasan tanah 11,093 kaki persegi, dilengkapi enam bilik tidur dan tujuh bilik mandi.

Lelongan dijadualkan berlangsung pada 25 Ogos 2025.

Related Posts